Bicara aku dengan Dia

Semalam.....
ketika aku berbicara denganNya
ku tanya padaNya......
mengapakah aku dibiarkan sendirian
mengapakah aku dibiarkan tanpa teman
mengapakah aku dibiarkan tanpa cinta seorang kekasih

Dan ku tanya lagi..........
berapa lama Kau akan membiarkan aku begini
meneruskan kehidupan tanpa ditemani

Dan ku terus bertanya.......
apakah rahsia disebalik semua yang ku lalui ini

Lantas bisikNya padaku....
tidak Ku biarkan kau sendirian
kerana Aku sentiasa di sisimu selagi kau mengingatiKu
tidak Ku biarkan kau tidak berteman
selagi kau menempatkan Aku di hatimu sebagai temanmu
tidak akan Ku biarkan kau tanpa dicintai seorang kekasih
kerana cintaKu akan sentiasa bersamamu selagi kau merinduiKu

Dan bisikNya lagi.....
Aku tidak membiarkan kau begini
meneruskan kehidupan tanpa ditemani
kerana jika kau menyedari
Aku sentiasa setia menemanimu

Seterusnya bisikNya....
rahsianya ada di dalam hatimu
jika kau terus mencari Aku.

Comments

Popular Posts