BAGAIKAN BALIK KAMPUNG

Suatu hari, Khalifah Sulaiman Abdul Malik singgah ke Madinah untuk bertemu dengan Ibnu Hashim satu-satunya sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu. Antara soalan yang dikemukakan Sulaiman ialah tentang keadaan seseorang yang akan meninggal dunia.

Kata Ibnu Hazim, "Ada dua keadaan orang yang hampir meninggal dunia. Pertama seperti seorang perantau yang balik ke kampung halaman untuk melihat hasil penat lelahnya selama ini. Dia diberitahu, semua yang dia hantar ke kampung ialah hasil kerjanya di perantauan. Kita dapat bayangkan yang berjaya tentu akan mempercepatkan tarikh kepulangannya ke kampung. Tambahan pula dia akan disambut orang kampung dengan riang kerana dia berjaya."

Tambah Ibnu Hazim lagi, "Kedua, dia sepert penjahat yang lari dari penjara, kemudian ditangkap kembali. Dia akan diheret ke mahkamah untuk pengadilan, diseksa dan dimasukkan semula ke tempatnya dengan kejam dan hina. Dapatkah kita bayangkan betapa takutnya dia?"

Menangislah Sulaiman ketika mendengar penjelasan itu. Dia lalu berdoa kepada Allah, "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku ketika aku kembali padaMu seperti si penjahat yang melarikan diri itu yang kemudiannya ditangkap kembali!"

Comments

Popular Posts