RINDU



















Ramadhan datang lagi.... dan setiap kali Ramadhan, setiap kali itu hati ini akan dibalut kerinduan. Kadang2 rasa rindu ini begitu mencengkam perasaan, hingga bisa mengalirkan airmata. Entah mengapa, tiap kali Ramadhan, perasaan yg satu ini pasti juga menjengah tanpa diundang, tanpa dipinta... dan yg pasti perasaan yg sememangnya aku cuba elakkan....



Ramadhan kali ini, mungkin kerana Ramadhan ini aku sememangnya keseorangan tanpa puteriku lagi di sisi, kerinduan ku padanya benar2 boleh membuatkan aku kehilangan seluruh jiwa ini..... mungkin juga disebabkan cerita tentang dia yg ku dengar sebelum Ramadhan membuatkan rasa rindu ini begitu kuat sekali... ada kala wajahnya terbayang di ingatan dan rasa sebak mula mencengkam perasaan & airmata mula bergenang.... ingin sekali mendengar suaranya, menatap wajahnya... ah rindu pada senyumannya.... pada suaranya bila dia menyebut namaku....

Ya Allah.... kau buangkanlah rindu ku ini jauh2 dariku.....
Ya Allah.... berdosakah aku kerana merinduinya.....
Ya Allah.... seandainya rindu ku ini adalah dosa buatku, ampunilah aku
Ya Allah.... seandainya rindu ku ini adalah dosa buatku, lenyapkanlah dia dari ingatanku
Ya Allah.... seandainya rindu ku ini adalah dosa buatku, peliharalah perasaan ku ini
Ya Allah....

Comments

Popular Posts