RENUNGAN UNTUK KU

Sekejap sekejap saja

Renungan buat diriku..
‘Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.
Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Kecuali mereka yang telah dikurniakan rahmat pada jiwa-jiwanya. (Quran, 12:53)

Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..
walaupun kau sering saja lupa taat, sujud dan bersyukur
di atas segala nikmat-Nya,
yang telah zahir kepadamu mahupun tersembunyi
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat kepada-Nya.
Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.
Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Pesan Nabi yang mulia (SAW) jangan kau zalimi diri,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Pembelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah
Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.’
Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.
P.S. Memandang dia, aku pun ingat pada-Nya. Dan cinta pada Sang Pencipta, yang menjadikan aku sebagaimana adanya, semakin membening. Subhanallah, Maha Besar Engkau ya Rabb, yang telah memberi anugerah pertemuanku dengan hamba-Mu ini. Kekalkanlah persaudaraan kami, dalam mulianya budi pekerti dan murninya ikhlas – fi sabilillah sehingga ke syurga-Mu, selamanya. (Amin ya Allah)

Comments

Popular Posts