KU MOHON AMPUN

Will you forgive meHati terasa sebak, pilu datang menjengah, kesepian menyapa diri. Syawal 1433, terasa satu kelainan... takut ini menjadi Syawal ku yg terakhir.... tiba-tiba di dalam hati begitu mendesak, aku harus memohon kemaafan daripada insan2 disekelilingku, especially saudara2 ku. Alhamdullillah, yg mana x sempat aku membuat panggilan, terlebih dahulu menalipon ku, terima kasih adik-adikku, kiranya sudi memaafkan aku di atas segala kekhilafan, iyelah selama lebih 48 tahun ini, terlalu banyak kesalahan yg telah aku lakukan, masa kecil2 dahulu, kamu ku buli sepuashati... maafkan kakak adik2ku. Buat kakak2 ku, maaf juga ku mohon, especially kakak ku yg sulong, terlalu banyak kata-kataku yg telah melukakan hati mu. Kadang2 perkataan yg ku keluarkan tanpa ku fikirkan masak2 akan akibatnya... terimakasih kakak ku, kerana tiap kali aku membuat kesilapan, tiap kali itu juga kau akan memaafkan aku. Sempat bertemu muka dengan kakak ku di Putrajaya... maafkan aku juga kakak, mungkin tanpa aku sedari aku juga telah melukai hatimu. Abang2 ku.... ku cuba hubungi ketiga2nya..... alhamdullillah, seorang darinya telah ku sempat melafazkan kata-kata maaf. Dua lagi.... tidak aku salahkan mereka jika mereka tidak sudi menerima panggilan ku, terlalu banyak kesalahan ku buat mereka. Tapi di penghujung usia ini, sebelum aku dijemputnya aku memohon juga kemaafan dari mereka... Maafkan aku abang2 ku, takut kita tidak akan berjumpa lagi.
I am sorry for whatever I did with you
Buat semua, anak2 saudaraku, cucu2 saudara, maafkan c.cah/nana. Selamat hariraya aidilfitri.
 
"Org yang memaafkan kesalahan org lain itu adelah sebaik-baik manusia... terlalu besar ganjaran pahalanya... Kerana sesungguhnya bukan mudah utk memaafkan terutama bile hati pernah terluka & tercalit rasa dendam.."

وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

"hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (An-Nuur [24] : 22)

Comments

Popular Posts