SEPI, SUNYI MENJELANG SYAWAL

Mata x mahu pejam, fikiran pun x mahu lena. Wlwpn berat aje kelopak mata ni. Dah pukul 3.11 pagi... elok aje tunggu utk bersahur. Segala yg perlu dilakukan bila x blh tido camni dah ditunaikan. Tapi masih lg wide awake. Hari ini insyaAllah mungkin ari terakhir berpuasa. Hati sayu, utk meninggalkan Ramadhan & sayu utk berhadapan dgn Syawal. Sedih & pilu sudah mula menghadirkan diri. Ingin menitiskan airmata untuk kesekian kalinya. Terasa terasing di bumi Allah ini, terasa rindu pada masa lalu yg tidak mungkin berulang kembali, di kala arwah abah masih ada, berkumpul beramai-ramai. Waktu ini selalunya ada yg masih belum lelap lg, tgh rancak bercerita, bergurau-senda, di tengah ruang tamu yg berselerakan dgn bantal & selimut. Adoi... rindunya waktu itu.... macam2 cerita menjadi hiburan di tgh mlm & awal pg... sebelum bersahur untuk kali terakhir bg bulan ramadhan tahun itu. 
 
Kini, semua menjadi kenangan & di waktu ini... hanya diri ini bersendirian, tiada hilai-tawa, tiada gurau-senda atau usikan. Suara anak2 kecil yg menangis, ketawa, menjerit sudah lama ditinggalkan. Sepi, sunyi... menjelang Syawal.
 
Berapa Syawal lagi kan ku raikan begini, atau berapa Ramadhan lagi kan ku lalui sendirian? Hanya Dia yg lebih mengetahui.. cuma doa dan harapan ku, jika dipanjangkan usia, ku diberikan ketabahan & kekuatan untuk terus melalui Ramadhan & meraikan Syawal dlm keadaan ini.  

Comments

Cahaya Pecinta said…
cikcah...i'm missing you n missing our old time together!... my kids also. nurin wrote a raya kad for you but tk smpat nk pos dah... i'll pos to u later. InsyaAllah. Salam Aidilfitri dr kami di kejauhan. Maaf segala salah silap diri kami dan mohon dihalalkan segalanya. Salam Sayang!

Popular Posts