KEKASIH KU SUAMI KU

Kekasih ku....
Terima kasih kerana
Hadir dalam kehidupan ku
Memberi harapan
Membina impian
Menyayangi ku
Mengasihi ku
Menyintai ku....

Kekasih ku.....
kini suamiku....
Terima kasih kerana
Menikahi ku
menjadikan harapan satu kenyataan
dan impian bukanlah khayalan

Kekasihku suamiku
terimakasih menerima ku dalam kehidupanmu
mengangkat darjat ku kepada seorang isteri
membimbingku menjadi muslimah sejati

Kekasihku suamiku....
Terimakasih terimakasih...
Kerana dengan izinNya 
dan galakan mu
insyaAllah.... akan ku jalani kehidupan ini
dengan penuh keimanan, ketakwaan & istiqomah.

Terima kasih Ya Allah Ya Rabb
Menyatukan kami sebagai suami-isteri
Semuga penyatuan ini terus diberkati & mendapat rahmatMu
Dan penyatuan ini dipenuhi rasa bahagia
kekal hingga ke Jannah.



Comments

Popular Posts