NAK APA LAGI NI...

Entah, tetiba tergoogle UUM PhD program..... tetiba rasa macam nak sambung belajar.... i must be out of my mind..... dah siap fill-up the form semua.... Selepas solat zohor, suddenly i realised, apalagi yang nak dikejar di dunia ini.... fikir-fikir balik, after form 5, now 53 years old, minus 17, duk mengejar dunia je.... x kaya-raya juga, x sentiasa tenang or bahagia juga ..... akhirat macamana? 

Let see, if Allah give another 20-25 years to live, cukup ke untuk mengumpul akhirat.... tenguk sendiri keseimbangannya. Seimbang ke? Langsung tidak.... kalau dah dpt PhD, dah cukup puashati ke? Bahagia ke... paling tidak akan lahir rasa bangga, riak.... kan menambah dosa tu.... bukan ke umor yg berbaki yang Allah kurniakan ini adalah peluang untuk memperbaiki akhirat, bukan lagi untuk mengejar dunia.... cukup-cukuplah wahai diri.... x dapat apa pun.... kepuasan; kepuasan yang sementara sahaja.... kepuasan yang mungkin menghumban diri ke neraka.... tipulah, kalau x terlintas rasa bangga dalam hati.... aik, org panggil i doktor sekarang tau.... depan nama i ada DR.... x bangga, x jadi riak? X payah nak tipu diri-sendirilah..... yang pergi haji pun.... tu yg suppose to go buat ibadah, sibuk2 letak title HAJI/HAJJAH kat depan, bangga org panggil haji/hajjah.... ni kan pulak kalau dah ada PhD, penat tau belajar, duit pun abih banyak... x kan x nak org panggil doktor.... x payah nak tipu diri-sendiri..... kalau iman tu takat senipis kulit bawang atau selaput telor je..... 

Masuk FB, terpampang gambar menerima ijazah dengan captionnya " my recent achievement". Kawan2 pun ucap tahniah, ada yg ikhlas and yang x ikhlas.... bangga siot.... ada pula yg bg comment, "you are superwoman"... mak aiii berlipat-ganda kebanggaannya.... hidung makin tinggi..... kaki pun dh mcm x mencecah bumi lg.... Ya Allah..... nerakalah tempatmu wahai diri. 

Jadi, keinginan dunia ni, kalau dah melampau-lampau itu nafsu aje.... kalau dipenuhi, bertambah sihatlah nafsu, bertambah gah lah nafsu... iman & taqwa kian mengecil & terus mengecil... yang takutnya nanti terus lenyap..... than tetiba malaikat maut menziarahi.... di saat aku sedang berada dikemuncak kejayaan dunia.... "lihatlah dunia.... i am a PhD holder now.... look at me..... I DID IT MY WAY...." tetiba, jatuh tersungkur ke tanah, nafas turun-naik, penyesalan jelas kelihatan di wajah.... subhanallah.... sudah terlewat, nyawa sudah berada di kerongkong.... aku sudah dijemputNya.... mana bekalan aku, mana mangkuk sia ku.... mana bakul ku..... yang sepatutnya aku isi dengan bekalan untuk akhirat.... subhanallah.... kosong, kosong, kosong.... apa yang nak aku persembahkan padaNya.... Master degree ku, PhD ku yg baru semalam aku genggam.... 

Semua tidak berguna lagi.... usia makin lanjut.... kubur sudah memanggil2, menanti kedatangan ku menjadi penghuninya untuk ke sekian kali sehingga dibangkitkan & aku masih lagi berkira-kira untuk menyambung PhD?.... sedangkan bakul amalan ku kosong, mangkuk sia ku pun kosong.

Ya Allah, janganlah Kau lalaikan aku dengan kehidupan duniawi... bimbinglah aku Ya Allah ke jalan yang benar menuju akhiratMu. Kurniakanlah pada ku kekuatan untuk memperbaiki amalan ku, tingkatkanlah serta tetapkanlah keimanan & ketaqwaanku, tetapkanlah aku di dalam agamaMu... Aamiin, aamiin, aamin ya rabalalamin. 


Al-Quran menyebutkan bahawa kehidupan di dunia tidak lebih hanya main-main dan senda gurau semata:

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

Comments

Popular Posts