Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahirahmanirrahim, semuga kita semua
diberi kesihatan yang baik & sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT.
Terlalu banyak rasanya kesilapan &
dosa-dosa saya kepada kalian semua & kalau dihitung & di kira, mungkin
tiada langsung kebaikan yg saya hulurkan kepada kalian. Semuga Allah mengampuni
dosa2 saya ini. Dan bagaimanakah Allah akan mengampunkan saya, sekiranya kalian
tidak memaafkan saya. Justru itu dengan penuh kerendahan hati, saya memohon
keampunan & kemaafan dari kalian…. Sekiranya selepas ini saya lebih banyak
mendiamkan diri atau kurang berinteraksi dengan kalian, bukanlah kerana rasa
benci, tapi saya rasa itulah yang terlebih baik buat diri saya demi menjaga
mulut dan hati saya dari menyakiti hati kalian & demi keharmonian kita
semua. Dan saya amat berharap semuga tindakan saya mendiamkan diri selepas ini
mendapat keampunan Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui segalanya
& nawaitu saya.
Saya sedar kita semua cuba sedaya-upaya
untuk memperbaiki hubungan kita adik-beradik tapi seringkali juga ianya akan
berlaku perselisihan faham antara kita yg membawa kepada rasa marah &
mungkin benci.. di usia yg sudah melebihi 50an ini, saya sendiri sudah terlalu
penat menghadapi drama keluarga kita…. Namun saya tetap mendoakan suatu hari
nanti, kita semua akan berkumpul semula, jika tidak di sini, semuga di Jannah.
Kalian semua sentiasa dalam doa saya….
Salam sayang dari saya & doa saya
semuga kita semua diberikan petunjuk ke jalan yang benar. Yang baik itu dari
Allah & yang tidak baik itu adalah atas kelemahan & kekurangan saya
sendiri.
Comments