Ya Rabb

Ya Rabb...
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu
segala kegelisahan & keresahan
segala kebimbangan & ketakutan ini
segala kesedihan & kedukaan ni.

Ya Rabb...
Di hamparan sejadah ini 
ku menadah kedua tangan
mohon keampunan di atas segala kesalahan
sekiranya keputusan yang ku ambil ini
bercanggah dengan perancangan Mu.

Ya Rabb...
aku hanya mampu bermohon pada Mu
dihilangkan segala 
kegelisahan & keresahan ini
kebimbangan & ketakutan ini
kesedihan & kedukaan ini.

Ya Rabb...
di hadapan Mu 
aku tenggelam dalam esak tangis ku
lemas dalam kesedihan & kedukaan ini
tapi...
kasihsayang Mu...
memberi pengharapan
janji Mu....
menjadi pegangan....

“Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, 
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)

Comments

Popular Posts