Tuhan
Tuhan...
Hari ini aku melepaskan cintanya
kerana mengharapkan cintaMu
Hari ini aku melepaskan kasihsayangnya
kerana mengharapkan kasihsayangMu
Hari ini aku melepaskan perhatiannya
kerana mengharapkan perhatianMu
Hari ini aku melepaskan kerinduannya
kerana rinduku padaMu
Hari ini ku lepaskan genggaman duniaku
kerana aku mencari akhiratMu
Hari ini aku melangkah longlai dalam kepayahan
kerana mendampakan syurgaMu
Tuhan...
Rahmatilah, berkatilah..
perjuanganku yang tidak seberapa ini
demi mencari redhaMu
Tuhan...
Bimbinglah.... bantulah aku...
disaat aku jatuh tersungkur
disaat aku lemah tidak berdaya
disaat aku kehilangan arah
Tuhan...
PadaMU aku berserah.
#Nafees-Nufayl.
Comments