KULIAH ZOHOR 14/7/14

Antara intipati dari kuliah zohor 14/7/14 oleh Ustaz Fazulrahimi Maarop.

5 SEBAB MENGAPA MANUSIA TIDAK BERTAUBAT :-

1) Mereka yg memandang remeh atau memandang ringan pada dosa2 yg telah dilakukan. Orang munafik menganggap dosa hanya ibarat seekor lalat yg hinggap di atas hidung.

2) Mereka yg terlalu berkhayal (kuat angan2) - Jenis manusia yg bila diajak bertaubat akan berkata "nanti dulu"... sebab merasakan dirinya masih muda & lambat lagi akan mati.

3) Mereka yg tidak mengenali akan hakikat maksiat. - Tidak tahu yg mereka sebenarnya sedang melakukan maksiat. Ini kerana kejahilan.

4) Mereka yg terlalu yakin dgn sifat Allah Yg Maha Pengampun. Kerana mereka pasti, Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka satu hari nanti.

5) Mereka yg suka menyalahkan takdir - Bagi mereka takdirlah yg membuatkan mereka melakukan dosa.

Semuga sahabat2 ku semua bukan tergolong dalam salah-satu golongan ini. Rasulullahﷺ yang maksum itupun bertaubat 100 kali sehari.

Mereka yang berdosa itu seolah-olah seperti meninggalkan Allah سبحانه وتعالى dengan tidak berlaku taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah سبحانه وتعالى.

Comments

Popular Posts