Kemanisan selepas kepahitan.....

Tidak pernah aku menjangka bahawa akan aku nikmati satu kemanisan dalam kehidupan ini selepas segala kepahitan yg telah aku lalui selama ini.....Ya Allah....sesungguhnya "You work mysterious ways". Aku amat bersyukur kepada Mu Ya Illahi...... Puas berendam airmata, meneruskan kehidupan bersendirian, membesarkan anak, menghadapi segala ranjau & duri.... akhirnya hari ini aku bisa tersenyum dengan penuh kesyukuran... there is a light at the end of the tunnel..... Alhamdullillah, alhamdullillah, alhamdullillah..... apa lagi yg mampu aku katakan melainkan memanjat rasa syukur kepada Illahi.....

Macam2 ujian & dugaan diturunkan kepada ku dlm usia yg terlalu muda, early 20s aku di uji dengan gelombang perkahwinan, dan akhirnya hancur berkecai.... ku teruskan hidup dlm kepayahan, cuba menjadi ibu yg baik.... tersungkur beberapa kali di dalam perjalanan, bangkit berdiri dlm kepayahan & kesakitan.... pernah dengan hanya beberapa ketul kentang rebus mengisi perut ini utk meneruskan hari2 ku....Ya Allah, bila diingatkan kembali..... x pernah aku menjangka aku akan berada di sini, menikmati segala nikmat yg Kau kurniakan padaku..... Ya Allah, kasihsayangMu tidak pernah pudar, walau ada waktu aku alpa dengan kehidupan duniawi & melupakan Mu.... tp Kau tidak pernah jemu membimbingku ke jalan yg diredhai olehMu....

Ya Allah....layakkah aku menerima semua ini setelah dosa-dosa lampau yg ku lakukan?

Comments

Popular Posts