Ya Allah
Ya Allah, mengapa hati ini di landa keresahan & kegelisahan. Di mana keyakinanku kepada kekuasaan & kebesaranMu Ya Allah, bahawa segala yg menyesakkan fikiran di waktu ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Perkara yg ku hadapi ini, tidaklah sebesar mana pun, hanya kerisauan pada sesuatu yg sesungguhnya blh ku uruskan, paling tidak pun, jika di luar kemampuanku, aku serahkan sahaja kepadaMu Ya Allah.
Ish….terkadang-kadang terikut juga aku dgn keinginan hawa nafsu & bisikan syaitan yg cuba memesongkan aku dari keyakinan ku, bahawa pasti yg tersimpul ini akan terungkai jua dengan segala kekuasaan Mu Ya Allah.
Tidak seharusnya aku perbesar-besarkan perkara ini hanya kerana ingin memastikan semua pihak berpuashati, tidak cukupkah bagi ku melakukannya hanya kerana kewajipanku sebagai seorang ibu yang menjalankan tanggungjawabku kerana Mu Ya Allah….. Lakukan sebaik mungkin dan mengikut kemampuanku demi tanggungjawabku padaMu.
Yang pasti & aku yakin, pasti kan Kau tunjukkan aku jalan penyelesaiannya ketika aku kebuntuan, akan Kau leraikan segalanya untuk ku… kerana apa yg mesti aku lakukan ini sebahagian daripada tanggungjawab ku kepadaMu terhadap amanah yang telah Kau berikan kepadaku….
Tunjukilah aku Ya Allah, permudahkanlah segalanya untukku Ya Allah…..
Comments