SAKIT HATI? Kan Ada Allah


Tidak kira siapa pun kita, peguam, guru, profesor, tukang kebun, ahli muzik, saintis & sebutlah siapa saja, kita semua tentu pernah mengalami sakit hati dlm hidup ini. Baik dlm keluarga, hidup berteman maupun bermasyarakat. Sama seperti sifat sedih & gembira, rasa yg satu ini adalah satu kewajaran dlm kehidupan kita sebagai manusia. Apalagi mengingatkan manusia ialah makhluk sosial, yg dlm setiap interaksinya tidak terlepas drp melakukan kesilapan.

Jgn ditanya bagaimana rasanya sakit hati. Jgn pula bertanya siapa yg membuat hati terasa pedih & perit. Sukar diungkapkan, tp sangat jelas menyayat dada bhg dalam.

Sakit hati ialah sakit drp segala sakit, Mungkin kita pernah mengalaminya. Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi boleh juga disebabkan oleh perbezaan pendapat atau pertentangan dgn teman atau anggota keluarga. Namun sakit hati hampir sama rasanya dgn putus cinta, itu kata sesetengah orang.

Siapa pun kita, pasti ingin dicintai, menyintai, dipercayai & mempercayai org lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, susah bagi kita utk kembali memaafkan & mempercayai org yg melakukannya.

Ini adalah dilema yg harus dihadapi. Terserah kita memilih utk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yg terjadi. Satu perkara yg pasti, hidup akan terus berjalan dgn atau tanpa sakit hati.

Berdasarkan pengalaman beberapa sumber dpt disimpulkan bahawa belajar utk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kpd orang2 yg pernah menyakiti kita merupakan hal yg penting. Kenapa? Kerana cepat atau lambat, setiap orang akan menyakiti & disakiti hatinya.

Oleh sebab itu, akan lebih baik apabila kita menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di dunia ini yg luput drp sakit hati, termasuk kita. Tanpa bermaksud mengurangi rasa percaya kpd orang2 yg kita cintai, ada baiknya kita menyedari bahawa siapa pun dia; teman biasa, sahabat, kekasih atau keluarga & sebaik apa pun dia, suatu saat nanti akan menjadi orang yg menyakit kita - walaupun mungkin tidak disengajakan.

Seperti yang disebut tadi, ada macam2 sebab datangnya perasaan sakit hati. Drp masalah remeh hingga masalah besar, boleh menjadi penyebab. Kadang2 boleh berpunca drp perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidaksesuaian, hingga iri & dengki. Apabila perasaan itu dibiarkan terlalu lama bersarang dlm hati maka tidak sihatlah hati itu. Kita boleh ditimpa stress & jauh dari keceriaan. Lebih teruk lagi, perasaan itu boleh menjauhkan manusia drp Tuhannya. Nauzubillahi mindzaalik..........

Bagaimana mengurangkan rasa sakit hati, agar tidak membuahkan dosa & azabNya bg kita sendiri? Allah & RasulNya telah mengajarkan cara2 tersendiri yg boleh menjadi penawar apabila diamalkan.

MUHASABAH (PERIKSA DIRI BETUL ATAU TIDAK)

Sebelum kita menyalahkan org lain, cuba kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita pernah merasa disakiti oleh saudara kita, sedangkan dia tidak bermaksud menyakiti. Cubalah bertanya kpd diri-sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian. Jangan2 kita sendiri telah melakukan kesalahan.

MENJAUHKAN DIRI DRP SIFAT IRI, DENGKI & BERCITA-CITA

Iri, dengki & bercita-cita adalah beberapa celah yg menjadi pintu bg syaitan utk memasuki hati manusia. Cita2 dimaksudkan ialah cita2 yg berlebihan, yg membuatkan seseorang buta & tuli. Apabila tidak dilandasi iman, seorang yg bercita-cita cenderung melakukan pelbagai cara utk mendapatkan cita-citanya.

Demikian juga sifat iri & dengki. Sifat ini berasal drp kecintaan terhadap perkara2 bersifat material. Manusia tidak akan tenang apabila di dalam hatinya ada sifat ini. Manusia jg tidak akan pernah bersyukur, kerana selalu merasakan kurang. Selalu memandang ke atas & seolah-olah tidak rela melihat org lain memiliki kelebihan atas dirinya. Maka hapuslah terlebih dahulu sikap cinta dunia, sehingga perasaan dengki menjadi sirna dlm diri.

Rasulullah bersabda, "Tidak boleh dengki kecuali kpd dua org. Iaitu org yg diberi harta oleh Allah, kemudian memenangkannya atas kerakusannya di jalan yg benar. Dan org yg diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dgnnya & mengajarkannya." (HR. Bukhari)
MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT AMARAH & KERAS HATI

Apabila marah timbul di dalam hati manusia, maka kadang manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah melemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun semakin leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

MENUMBUHKAN SIFAT PEMAAF

"Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yg makruf, serta berpalinglah daripada org.2 bodoh". Demikian firman Allah dalam Al-Quran Surah Al-A'raf :199.

Allah sang Khaliq sahaja Maaf Pemaaf terhadap hambaNya. Tidak peduli sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dgn sungguh2 maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya. Kita sebagai manusia lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dgn tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. InsyaAllah, dgn begitu, hati akan lebih terasa lapang.

BERPRASANGKA BAIK

Ada kalanya kita berburuk sangka terhadap orang lain sehingga kita melecehkan orang itu. Kita mengatakan yg macam2 mengenainya. Sudah tentu perbuatan kita itu tidak dibenarkan.

BERSIKAP IKHLAS

Ikhlas ialah kata ringan utk diucapkan, tetapi cukup berat utk dilakukan. Org yg ikhlas dpt meniatkan segala tindakannya kpd Allah. Apabila Allah mengujinya dgn kenikmatan, maka dia bersyukur. Apabila Allah mengujinya dgn kesusahannya pun dia bersabar. Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yg terbaik bg hambaNya.

Orang yg ikhlas akan lebih mudah mengurus kalbunya utk selalu menyerahkan segalanya hanya kpd Allah. Hanya kepadaNyalah dia menggantungkan harapan.

Sekarang, apabila kita sedang dilanda sakit hati, cubalah amalkan cara di atas. InsyaAllah, beban hati akan berkurangan. Dada kita pun terasa lapang. Dulu ada syair dangdut yg cukup terkenal berbunyi, "Daripada sakit hati.... lebih baik sakit gigi. Selain itu, ada ungkapan lain iaitu, "Sakit badan boleh diubati, sakit hati dibawa mati".

Dan mungkin ada banyak ungkapan lain yg senada dgn itu yg intinya, sakit di badan boleh disembuhkan walau seberat mana pun, tapi sakit di hati susah disembuhkan walau sampai mati.

Untunglah, ungkapan itu bukan milik Islam. Kerana dlm Islam tiada cerita sakit hati. Malah yg ada ialah ungkapan, "Orang yg kuat bukanlah orang yg menang bergulat, tapi orang yg kuat ialah orang yg mahu memaafkan ketika dia marah".

Cuba perhatikan baik2, memaafkan ketika marah. Kalau memaafkan ketika marah sudah reda itu biasa. Tapi kalau memaafkan ketika kita masih marah, itulah orang yg kuat & mulia di hadapan Allah.


Sesiapa pun mungkin pernah sakit hati. Saya, anda & mungkin teman2 kita. Kita mungkin pernah disakiti orang lain, tapi bukan tidak mungkin juga kita pernah menyakiti hati orang lain. Nah, kalau tahu begitu, buat apa kita sakit hati, lagipun orang lain juga mungkin pernah kita sakiti juga. Siapa tahu orang ini datang, membawa sakit di hati kita kerana kita pernah menyakiti hati orang lain.

Islam punya kaedah jitu utk meredakan amarah. Jika marah dlm keadaan berdiri, segera duduk. Jika saat duduk, segera berbaring. Jika masih marah, ambil wuduk. Kalau masih juga marah, solat dua rakaat & tumpahkan sakit hati pada Allah saja.

Sumber : Majalah MIDI keluaran 15/6/10

Comments

Popular Posts