JIKA TIBA MASANYA

"Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku ini di kala hatiku seakan-akan memberontak untuk dikasihi oleh seorang lelaki. Kuatkan imanku sekuat-kuatnya agar dapat aku menjaga pandanganku daripada panahan syaitan durjana. Hadirkanlah seorang bidadara dalam hidupku seandainya telah tiba saatnya untuk daku mencintai sesiapa dalam hidupku Maka Kau letakkanlah cintaku pada sesiapa yang mencintai-Mu lebih daripada dia mencintai diriku. Dan daku berjanji akan mencintai dia melebihi daku mencintai diriku sendiri kerana dia adalah amanah untukku.

Namun Ya Allah, seandainya telah tiba saat itu, Kau jagalah hubungan kami dengan sebaiknya agar tidak berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergaduhan besar. Setiap pernikahan tidak akan dapat lari dari perselisihan faham, namun Kau jagalah hati kami agar kami dapat menyelesaikannya dengan mudah dan mengikut cara yang disuruh-Mu dan disuruh kekasih-Mu Muhammad Rasulullah SAW."

Comments

Popular Posts