ISIHATI KU

Terasa ingin mencatit isihati di sini hari ini, walaupun kesibukan tugas memang kalau diikutkan pasti tidak punya masa untuk ini. Tapi just ingin mencuri masa untuk mencurah apa yg terbuku di hati.... ah tersangat sibuk dgn tugas-tugas di pejabat, terasa begitu tertekan dgn tugas2 yg telah diamanahkan.... nama lagi amanah, justru ianya wajib diselesaikan dgn hati yg tulus-ikhlas, kerana di sinilah telah Allah tentukan rezekiku buat waktu ini... berdosa kiranya aku mengeluh keterlaluan.... kerana tugas ini walaupun diberikan oleh bos2 di tingkat atas sana, tp ianya adalah amanah BIG BOS, yg berada di tingkat paling atas sekali.....

Tapi sebenarnya... aku amat mengharap agar keadaan & kesibukan ku sekarang ini dapat difahami, kerana ada majlis & tempat yg mengharapkan kehadiran ku, x dpt ku penuhi walaupun urusan tersebut sudah lama tercatit di dalam diari ku PERKARA YG MESTI DILAKUKAN, tp apa kan dia, kita hanyalah dpt merancang & yg menentukannya hanyalah Allah Taala. Beribu kemaafan ku mohon, kiranya tanpa kehadiran ku nanti akan menyusahkan / menyulitkan keadaan atau mungkin merosakkan segala yg telah dirancang sebelum ini. Harap maaf ler sesgt.

Comments

Popular Posts