KATA-KATA SEMANGAT DI SAAT UJIAN DATANG MELANDA







Dipetik dari blog PakarHowTo





Teman



  • Setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN

  • Setiap yang payah, pasti ada KESENANGAN

  • Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN

  • Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG

  • Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti tak akan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN

Teman



  • Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apapun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Illahi.

  • Kerana apa...?

  • Kerana harapan adalah masa hadapan.... kerana harapan adalah sumber kekuatan

  • Kerana apa...?

  • Kerana doa adalah pintu kebaikan.... dan kerana doa adalah senjata orang beriman

Teman



  • Tenang-tenangkanlah dirimu

  • Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya

  • Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya

  • Dari Allah kita datang, dan pada Allah jualah kita kembali

  • Sabarlah dengan ujian hidupmu

  • Kerana akhirat itu yang lebih utama




Comments

Cahaya Pecinta said…
cikcah...
i love this one..tepat pd masanya. Will share with you something.. wat masa ni tgh sibuk konvo.

Popular Posts