KATA-KATA SEMANGAT DI SAAT UJIAN DATANG MELANDA
Dipetik dari blog PakarHowTo
Teman
- Setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN
- Setiap yang payah, pasti ada KESENANGAN
- Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN
- Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG
- Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti tak akan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN
Teman
- Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apapun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Illahi.
- Kerana apa...?
- Kerana harapan adalah masa hadapan.... kerana harapan adalah sumber kekuatan
- Kerana apa...?
- Kerana doa adalah pintu kebaikan.... dan kerana doa adalah senjata orang beriman
Teman
- Tenang-tenangkanlah dirimu
- Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya
- Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya
- Dari Allah kita datang, dan pada Allah jualah kita kembali
- Sabarlah dengan ujian hidupmu
- Kerana akhirat itu yang lebih utama
Comments
i love this one..tepat pd masanya. Will share with you something.. wat masa ni tgh sibuk konvo.