LUKA DILUKAI
Terluka, dilukai, itulah perasaan yg membelengguku dua tiga hari ini. Sesungguhnya dalam perjalanan kehidupan yang kita lalui ini, pasti ada hari, ketika & waktu hati akan dilukai. Kadang2 kelukaan itu menjadi terlalu dalam, walau lukanya sudah hilang tapi parutnya tetap ada. Ada sahaja peristiwa, perkataan atau tingkahlaku insan lain yg akan membuatkan kita terluka.
Mengapa aku dilukai, apa salahku... persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Cuba mencari jawapan, cuba mencari penyelesaian. Apalagi bila persoalan diajukan kepada empunya diri yg telah melukakan, tiada jawapan diberi. Justru hati terus tertanya-tanya, yg pasti amat sukar untuk mendapat jawapannya. Akhirnya mengalah dengan perasaan sendiri Biarkanlah, pujuk diri pada hati yg terluka.. x mengapa.
Mengambil jalan mudah tanpa penyelesaian, meletakkan aje kesalahan kepada org yg melukakan itu, tanpa mendalaminya, tanpa memahaminya. Ok la hati berkata, "lainkali jangan pedulikan lagi, buat hal sendiri, x payah bercampur-gaul lg, putuskan aje hubungan". Jalan penyelesaian yg mudah tapi tidak mendatangkan apa2 faedah.
Tapi ihsan yg Allah cipta di hati, membuatKAN aku duduk memikirkan secara mendalam, melihat dgn matahati, mula muhasabah diri. Tiada satu benda yg menimpa diri ini, tanpa bersebab, pasti ada sebabnya. Amat mudah menyalahkan org lain, tapi terlalu payah untuk menyalahkan diri-sendiri. Amat mudah menilai perlakuan orang lain, tapi terlalu perit untuk menilai perlakuan sendiri, bukan?
Bila difikir-fikir, semua yg terjadi pasti ada hikmahnya. Allah mahukan aku melihat kelemahan diri, mahukan aku menilai perlakuan sendiri, melihat diri dgn matahati, bukan melihat kesalahan orang lain, tp kesalahan sendiri. Setiap yang terjadi terutamanya perlakuan orang lain pada diri ini, sudah pasti mencerminkan diriku ini yang sebenarnya.
Banyak kesilapan masa lalu dalam hubunganku dengan insan2 disekelilingku... perkataan yg telah ku lafazkan yg melukakan hati orang, perbuatan yg telah ku lakukan yg mengguris perasaan orang dan juga keikhlasan setiap perbuatan dan tindakan ku selama ini menjadi pertimbangan & sesuatu untuk difikirkan. Mungkin Allah memberikan masa untuk aku menghabiskan sisa2 kehidupan ini memperbaiki kesilapan masa lalu, justru ujian2 ini atau mungkin jg pembalasan perbuatan lalu terpaksa ku hadapi hari ini. Alhamdullillah, harapanku ini bukan satu kesedaran untuk saat atau waktu ini sahaja. Semuga apa yang aku lalui dua tiga hari ini, airmata yg sesekali menitis akibat kelukaan ini akan melahirkan keinsafan di hati. Mengingatkan diri, berhati2 bila berbicara, berpada2 dalam perbuatan, jika hati kita boleh terluka, apalagi hati orang lain.
Alhamdullillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah akan kesedaran yg Kau hadirkan dalam hatiku ini. Andai ini pembalasan dari dosa2 yang lalu, ampunilah aku. Andai ini ujian dariMu, aku redha & sabar menerimanya.
Ya Allah, aku mohon dariMu, agar sentiasa memberikan aku kesedaran ini, keinsafan ini. Siapalah aku untuk merasa terluka, kerana setiap yg terjadi, yg buruk itu pasti dariku jua.
Dan buat insan2 yang pernah terluka dengan perkataan yg ku lafazkan jg perbuatan ku, maafkanlah aku diatas segala keterlanjuran, diatas segala kekhilafan. Tanpa kemaafan anda, apakah Allah akan mengampuni ku?
Comments