YANG TERSIRAT & TERSURAT

Maybe should judge the book by its cover. never open, never read the content... to maintain the perception that we have earlier... if u open & start reading, it might disappoint you.

Do not analyze the actions or the words, if its gonna to hurt. Just take wat was given, accept it and forget all about it ASAP!


Dosa Orang Yang Berkecil Hati

"Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita turut berdosa. Tetapi lebih besar dosa orang yang berkecil hati itu."

Fakri melihat poster yang melekat di papan kenyataan masjid. Dia berasa hairan. Berkecil hati lebih besar dosanya dari mereka yang mengecilkan hati orang lain? Kebetulan pada waktu itu, ustaz ada di dalam masjid. Dia pun berjumpa dengan ustaz.

Fakri: Assalamualaikum ustaz.

Ustaz: Waalaikumussalam. Oh, Fakri rupanya. Ada apa-apa yang ustaz boleh bantu?

Fakri: Err... Macam ni ustaz. Tadi saya tengok kat luar tu, ada satu poster tentang berkecil hati. Yang saya baca tadi, orang yang berkecil hati lebih besar dosa berbanding yang mengecilkan hati orang lain.

Ustaz: Betul la yang tertulis tu. Kenapa?

Fakri: Yang tu la saya nak tanya ustaz. Kenapa jadi macam tu pulak? Bukan kah orang yang menyakiti hati saudaranya saja yang berdosa? Orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun.

Ustaz: Sebabnya, orang yang menghina tu penghinaannya adalah peringatan daripada Allah.

Fakri: Huh? *blur*

Ustaz: Okey, mari ustaz jelaskan. Nak tau kenapa kita dihina oleh orang? Kerana Allah nak uji kita. Tujuan Allah uji jugak sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha la dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi berkecil hati dengan Allah.

Fakri: Oohhh, faham-faham.

Ustaz: Yang lebih parah, bila kita bercerita kepada kawan-kawan. "Dia sakitkan hati aku, aku terasa dengan apa yang dia cakap..." dan macam-macam lagi la. Kawan-kawan tu pulak akan ceritakan lagi kepada kawan-kawan dia yang lain. "Kesian dia, ada orang sakitkan hati dia..." Keredhaan terhadap ujian Allah itu akan lesap begitu saja.

Fakri: Errr... *terasa*

Ustaz: Ustaz tau, kamu pun mesti selalu terasa dengan apa yang orang cakap, betul tak?

Fakri: Emm... *mengangguk*

Ustaz: Manusia memang takkan pernah terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. So, pesan ustaz, jangan la terasa hati. Redha la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allah yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat. Boleh kan? *tersenyum*

Fakri: Insya Allah ustaz, terima kasih! Sekarang saya dah faham. Lepas ni takleh lagi nak berkecil hati dengan sapa-sapa walau teruk macam mana pun dihina. Ustaz pun tolong la doakan saya supaya jadi tabah ye? Hehee

Pesan ustaz aku time sekolah dulu: Allah takkan redha kepada kita selagi kita tak redha dengan ketentuannya. Apa dah jadi, terima dengan hati yang lapang dan terbuka. Apa yang belum terjadi, kita usaha untuk jadikannya yang terbaik.


Dipetik dari:http://burungman.blogspot.com/2011/07/dosa-orang-yang-berkecil-hati.html

Mungkin posting ini akan menceritakan sedikit-sebanyak apa yg tersirat di hati. Sebenarnya bkn apa yg aku rasa, tp mungkin apa yg dirasai oleh seseorang yg very close to me, tp since we are very close, cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Niat tu utk mengeratkan silaturahim, i can't be there for some reason, wanted to, tp keadaan yg tidak mengizinkan. But since they are nearer so i advise them to go, just be there since we are family.... but wat happened, they were not welcome. I know my dearie, she won't do something if she don't feel like doing it. Never mind lah, maybe this is Allah ways of testing our sincerity... i am not trying to judge the content of the books, or analyzing the action / words, just take as it is & anggap ini ujian Allah Taala. Satu masa, satu waktu, ada juga org yg berkecil hati dgn ku... so it is payback time jugalah kiranya..... Alhamdullillah. Have to keep reminding myself, things like dis will always happen when u have such a big family.. & of cos, u know ur family better, but then when it happened in-front of the new member of your family rasa malu lah jg.. kdg2 kita cuba menyembunyikan kepincangan family kita, tp kalau ada yg nak menonjolkan kepincangan itu, nak wat camno.... so at the end cakap je lah "dat's my family".

Sometimes i think, i should be like wat i was before, quiet, by myself & don't care about others..

BY THE WAY, NGAPA BLOGGER.COM NI X BOLEH NAK TUKAR FONT COLOR, ALIGNMENT & FONT SIZE.

Comments

Popular Posts