SENYUMLAH SAYANG

Dia tersenyum, wajahnya penuh ceria. Dia kelihatan bersemangat, seperti dia yg pernah aku kenal dulu.... Kali terakhir aku berjumpa dia, di wajahnya penuh kedukaan, amat sukar baginya untuk mengukir senyuman.... kepedihan tergambar di wajahnya. Keceriaan seolah2 telah meninggalkan dia jauh... waktu itu aku sendiri begitu risau melihat keadaannya. Dia lemah, tidak bersemangat, seolah-olah berputus-asa dgn kehidupan ini. Aku tahu apa yg dilaluinya, aku tahu penderitaannya, kerana pernah melaluinya suatu masa dahulu.


Justru seboleh mungkin, aku tidak mahu dia melaluinya dgn keadaan sebegitu rupa... memang kepedihan pasti terasa, penderitaan mencengkam jiwa. Ujian dari Allah yang amat berat itu, pasti akan meninggalkan kesan kepada kehidupan hariannya... tapi aku mahu dia meredhainya, tabah menghadapinya & tidak terlalu memikirkannya. Banyak lagi perkara2 lain yg boleh membahagiakan dia.. seandainya, takdirnya begitu & kita tidak mampu mengubahnya, serahkan saja pada Yang Esa... & kita teruskan saja kehidupan kita bersama2 mereka yg menyayangi kita. Memang cakap senang, nk melakukannya amat payah.
Tapi melihat wajahnya baru2 ini... aku sendiri merasa amat bahagia... ku bisik ke telinganya betapa aku gembira melihat dia sedemikian rupa... lantas dia tersenyum & berkata, tiada siapa yg tahu apa yg tersirat di dalam hatinya. Tidak mengapa, tiada siapa yg tahu, tapi Allah lbh mengetahui... kita serahkan yg tersembunyi itu pada Yg Arif tentang rahsia kehidupan... biarkan Dia mengendalikan hati kita ini.... Alhamdullillah, memang aku amat bersyukur, bukan aku sahaja yg perasan perubahan pada dirinya pada hari itu, tapi mereka2 yg bersama ku pada hari itu juga perasan akan perubahan itu.


Aku berdoa, semuga dia terus diberi kekuatan & ketabahan dalam menjalani kehidupannya... seandainya umur kita semua masih panjang, sudah pasti banyak lagi ujian yg akan kita lalui....
Senyumlah sayang, senyum mu menceriakan insan2 disekelilingmu.... tidak mengapa kita sorokkan kedukaan di dalam hati. Alangkah indahnya kehidupan kita andainya senyuman kita itu dpt membahagiakan insan yg lain.....

 

Comments

Popular Posts