NISFU SYAABAN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| 
 | |||||||||||||||||||||||
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab
 bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam 
Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan 
Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi  tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
 tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
| “ | Rasulullah 
Setelah Baginda  | ” | 
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang
 Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku 
catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
 akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Dalil
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam 
Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal 
dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. 
Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan 
menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang
 yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam
 Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah 
akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan 
menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."
Malam pengampunan
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah  bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu
 Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan 
manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
 bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu
 Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan 
manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad  ).
).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban 
tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang 
meninggalkan sunnah Nabi  , orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah  bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam 
Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, 
memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad 
dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."
 bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam 
Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, 
memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad 
dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah  , maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda
, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda  di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda
 di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda  bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah 
r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma 
menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
 bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah 
r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma 
menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada 
malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang 
lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca:
 "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, 
dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. 
Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana 
pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan 
oleh saudaraku, Daud a.s "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan 
berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! 
Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan 
tidak celaka."
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi  bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para 
malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan 
hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta 
keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia
 juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan 
keperluan orang yang bertawakal.
 bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para 
malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan 
hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta 
keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia
 juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan 
keperluan orang yang bertawakal.
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan
 sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang 
dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh 
jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan 
silaturrahim."
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah  ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, 
mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing 
biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan 
terputus.[1]
 ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, 
mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing 
biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan 
terputus.[1]
Doa dikabulkan
Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata,
 "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu
 dengar daripada Rasulullah  , maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda
, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda  ."
."
Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah  keluar solat Subuh, Baginda
 keluar solat Subuh, Baginda  akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, 
pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan 
cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan 
cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah 
dengan rahmat-Mu terhadapku."
 akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, 
pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan 
cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan 
cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah 
dengan rahmat-Mu terhadapku."
Dalam riwayat lain Rasulullah  berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan 
Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan 
begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya 
Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu 
Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka 
sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak 
memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan,
 orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya 
melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang
 berterusan minum arak."
 berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan 
Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan 
begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya 
Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu 
Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka 
sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak 
memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan,
 orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya 
melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang
 berterusan minum arak."
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda  kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah 
kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, 
"Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada
 saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."
 kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah 
kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, 
"Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada
 saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."
Comments