KERESAHAN

Selesai solat dia masih tersimpuh di atas sejadah. Matanya merenung tajam ke arah dinding di hadapannya. Kalaulah renungan itu boleh memecahkan dinding, pasti akan pecah dinding itu. Dinding putih kosong itu tiba2 melakar seribu macam bayangan dalam fikirannya. Hatinya jauh merayau. Tiba-tiba terasa kecelaruan di kotak fikiran dan kepiluan di sudut hati. Tiba-tiba keresahan menjengah tanpa di undang... ngapa begini bisik hatinya. Perasan gelisah, resah, sepi & sunyi ini hadir sejak akhir Ramadhan lalu... Dia merasakan semuanya x kena...... penat, lelah & letih mula menerjah... "berdosakan bisik hatinya, adakah aku mula berputus-asa dengan kehidupan ini?" 


Bukannya apa, sesekali merenung kehidupan ini membuatkan dia rasa bosan dengan keadaan yang dilaluinya sekarang. Pekerjaan yang sama di tempat yang sama hampir 16 tahun, telah dia cuba mempertingkatkan dirinya dengan menyambung pengajiannya, tipulah kalau dia tidak mengharapkan sesuatu dari majikannya sepadan dengan kelulusan yang dimilikinya kini.... tapi hemmm, mungkin bukan rezekinya. 

Tapi sungguh dia benar2 rasa amat bosan dengan pekerjaannya sekarang, seolah2 tiada apa2 lagi untuknya di sana. Pagi bangun, pakai baju, pandu kereta, fikirannya kosong. Dia inginkan sesuatu yang baru. Tapi dia juga sudah merasa penat bekerja sejak dari umurnya 19 tahun lagi... lamanya..... ingin sekali bersara, bisik hatinya. 

Ah... sememangnya waktu ini emosinya penuh kesedihan... senang sangat airmatanya  mengalir, jika ada sesiapa yg tersalah cakap sikit... mengalir laju je airmatanya, atau bila ada org bertanyakan keadaannya, teresak-esak dia sendirian. Dia cuba memujuk hati sendiri, mengadu & berdoa pada Yang Maha Esa, Yang Lebih Mengetahui gelodak di hatinya waktu ini.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 – 3)
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah: 286)

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya, “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan.”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
” …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Yusuf : 12)

Comments

Popular Posts