MENGAPA SUKAR UNTUK BERISTIQAMAH
Mengapa Sukar Untuk Beristiqamah? (Renungan)  | Kini masing-masing dalam mood beraya. Syawal pula sudah menjelma, kini ramadhan pula sudah pun melabuhkan tirainya. Masih terbayang di mata kemeriahan ibadah pada bulan Ramadhan. Masjid dan surau dipenuhi dengan para jemaah yang beriktikaf, mengerjakan solat secara berjamaah, bertadarus dan sebagainya. Syawal pula disambut dengan laungan takbir yang bergema di seluruh pelusuk negara tanda kemenangan menundukkan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. 
Namun, suatu persoalan yang perlu dijawab ialah sejauh manakah komitmen untuk beristiqamah dan meneruskan kesinambungan ketaatan pada Allah pada bulan-bulan yang datang selepas Ramadhan?
Sudah menjadi adat dan kebiasaan dalam masyarakat
 kita untuk berlumba-lumba menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan, tetapi
 apabila berlalunya Ramadhan, segala amal ibadah yang dilakukan terus 
ditinggalkan begitu sahaja. Amalan yang dilakukan itu adalah 
seumpama pepatah yang menyatakan āmacam hangat-hangat tahi ayamā. Kalau 
dahulunya masjid dan surau dipenuhi oleh para jamaah, kini ia kembali 
lengang. Kalau pada bulan Ramadhan, boleh dikatakan setiap hari kita 
membaca al-Quran, namun kini al-Quran sudah tersimpan rapi di dalam 
almari.
Dalam bulan Ramadhan, masyarakat kita berlumba-lumba untuk bersedekah,
 namun apabila berlalunya bulan tersebut ramai yang kembali menjadi 
bakhil. Kalau dalam bulan Ramadhan, puasa dapat dilaksanakan selama 
sebulan, tapi apabila datangnya Syawal, puasa enam hari pun amat berat 
untuk dikerjakan, sedangkan semua maklum tentang ganjaran āpuasa enamā 
sebagaimana dalam hadis nabi SAW yang bermaksud: āBarang siapa yang 
puasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan 
Syawal (ganjarannya) adalah seperti puasa setahun penuhā. (Hadis Riwayat
 Imam Muslim). Persoalannya, mengapakah sukar sangat untuk beristiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah?.
Seorang ulama salaf ditanya tentang 
mereka yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan 
tetapi jika Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi dalam 
mengerjakan ibadah, lalu beliau menjawab: āseburuk-buruk golongan adalah
 yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan 
sahaja, padahal orang soleh adalah mereka yang beribadah dengan 
bersungguh-sungguh di sepanjang tahunā. Dalam hal ini, Sheikh Yusuf 
al-Qaradawi telah menyatakan : āJadilah hamba Allah, bukannya hamba Ramadhanā.
Meneruskan ibadah serta beristiqamah 
melaksanakannya setelah berlalunya Ramadhan menandakan diterimanya 
amalan soleh yang dikerjakan, kerana apabila Allah Taāala menerima 
amalan seseorang hamba, pasti Dia menolong hamba tersebut dalam 
meningkatkan perbuatan baik selepasnya. Sebahagian cerdik pandai 
mengatakan : Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya. 
Justeru, sesiapa yang dikatakan mengerjakan kebaikan adalah dilihat 
berdasarkan kebaikan yang ada sesudahnya. Sesiapa yang 
mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka 
hal itu merupakan tanda terkabulnya amalan pertama. Demikian 
pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti 
dengan yang buruk atau tidak beristiqamah dalam melaksanakannya, maka 
hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang telah dibuat.
Bukan sekadar itu, malahan kalau 
diperhatikan sikap dan tabiat dalam masyarakat kita khususnya masyarakat
 Melayu Islam, maka akan didapati bahawa mereka hanya akan menghormati 
tempat-tempat atau masa-masa tertentu sahaja. Sebagai contohnya, 
kedapatan mereka yang terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah 
Syariah, maka akan dipakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Akan 
tetapi, apabila keluar sahaja dari perkarangan mahkamah, maka aurat 
kembali didedahkan. Begitu juga ātrendā mengadakan upacara akad nikah di
 masjid.
Kelihatan pengantin dan tetamu yang hadir
 akan berpakaian menutup aurat ketika berada di dalam masjid. Namun, 
apabila selesai sahaja upacara akad nikah dan masing-masing sudah keluar
 dari masjid, maka persoalan aurat sudah dilupakan. Apakah 
mereka menyedari bahawa Allah yang mengawasi gerak-geri dan perbuatan 
manusia bukan sahaja melihat telatah manusia di dalam masjid dan di 
bulan Ramadhan, bahkan Allah mengawasi seluruh perbuatan manusia pada 
setiap masa dan tempat?!
Justeru, menjadi suatu kewajipan kepada 
kita untuk kembali bermuhasabah dan menilai sejauh manakah kefahaman 
dalam melaksanakan perintah Allah. Sekiranya amalan yang dilakukan itu 
tidak disandarkan kepada ilmu pengetahuan serta kefahaman yang cukup, 
maka dibimbangi amalan baik yang dilakukan itu tidak dikira sebagai 
ibadah di sisi Allah, sebaliknya ia merupakan āadatā semata-mata.
 Budaya ikut-ikutan tanpa ilmu dalam masyarakat perlu dibanteras dan 
ditangani segera kerana ia merupakan salah satu faktor penghalang kepada
 āistiqamahā dalam pengabdian diri kepada Allah SWT.
Istiqamah merupakan sesuatu yang 
amat sukar, namun ia amat bermakna dalam kehidupan seseorang kerana 
ganjaran bagi mereka yang beristiqamah dalam melaksanakan amalan soleh 
ialah syurga. Firman Allah dalam surah al-Fussilat ayat 30 
bermaksud: āSesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan 
berkata: āTuhan Kami ialah Allahā, kemudian mereka tetap teguh di atas 
jalan yang betul (beristiqamah), akan turunlah malaikat kepada mereka 
dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): āJanganlah kamu bimbang 
(dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah 
kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh 
syurga yang telah dijanjikan kepada kamuā.
Nabi SAW telah ditanya oleh seorang sahabat: āWahai Rasulullah! Katakanlah kepadaku satu perkataan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lainā. Rasulullah SAW. bersabda: āUcapkanlah āaku beriman kepada Allahā kemudian beristiqamahlah.ā
 (hadis riwayat Muslim). Keimanan dan istiqamah ini akan menatijahkan 
keselamatan dari segala bahaya dan memperolehi keredhaan Allah dengan 
memperoleh nikmat dan kurniaan syurga daripada Allah. Nas-nas al-Qurāan 
dan al-Sunnah jelas menyatakan bahawa iman meliputi aqidah yang benar, 
amalan hati seperti keinginan kepada kebaikan dan membenci kejahatan, 
dan perbuatan anggota fizikal seperti solat, zakat, haji, menolong orang
 lain dan sebagainya.
Keteguhan dalam keimanan akan menentukan 
ketepatan dalam amalan-amalan iaitu dengan mengikhlaskan diri kepada 
Allah serta melakukannya menurut petunjuk Rasulullah SAW. Amalan-amalan 
ini akan menjadi lebih sempurna apabila dilakukan dengan penuh istiqamah
 dan dilaksanakan secara berterusan. Halangan-halangan yang 
berlaku kepada seseorang tidak akan menyekatnya dari terus mengabdikan 
diri kepada Allah baik ketika sakit atau sihat, senang atau susah,
 dalam perjalanan atau di tempat sendiri. Istiqamah merupakan tanda 
kesempurnaan amalan seseorang mukmin dan ia merupakan sesuatu yang amat 
besar nilainya.
Melayukini.net - 
Walaupunsesukar mana pun istiqamah, kita hendaklah berusaha 
melaksanakannya demi memperoleh keredhaan Allah dan mengecapi 
kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak. Memang benar, istiqamah dalam 
diri bukanlah satu perkara yang mudah, namun sekurang-kurangnya kita 
perlu berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.
DIPETIK DARI http://melayukini.net/2012/08 
Comments