UJIAN DARIPADA ALLAH
Setiap
manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau
masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu
berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada
masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi
sebabnya adalah sama.
Allah
menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri,
sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana
keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati
kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan
yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga
dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang
kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi
ujian yang berat sebegitu sekali? sehingga kita terlupa pada siapa yang
perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta
kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha
dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap
diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita
sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara
seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk
atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah
telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan
sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita
kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri
kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada
kita sebagai hambaNya.
Allah
menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah
yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan
pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan
ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di
dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi
hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa
kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan
ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa
bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
Berdoalah
kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering
membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt. Selalu diingatkan yang Allah tidak
pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah
diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang
memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka
tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan
kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin
dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita
pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita
lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
dari: http://akuislam.com/blog/renungan/ujian-daripada-allah/#ixzz2385kCwcV
Comments