Khas Buat wanita Yang Sedang Bersedih : Wanita Dan Hidayah Dari Allah
Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??Fikir itu dengan menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati~ Nur ~
Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya??
Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.
Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik 
untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan kerana 
itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati 
ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya 
melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.
Ketahuilah muslimah,
Hati itu pengawal keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan 
jika baik hati seseorang itu,insyaalah baiklah keseluruhannya.
Seringkali akal gagal untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanlah hati
 mu.Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu.Ditenangkan 
hatimu.Berceritalah kepadaNya.Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah 
ketenangan kepada hati milikmu.
Ingatlah muslimah sekalian,
Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.
Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk 
berubah,ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.Kerana rasa itu milik 
Allah,dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.
Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara 
tersebut.Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa 
yang telah diilhamkan itu.
Wahai muslimah,
Sesungguhnya Allah sangat menyintai kaum kita.Diberinya kita dengan 
perasaan yang halus dan peka.Hati yang lembut dan kerana itulah kaum 
kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.Kerana hati yang lembut
 dan penyayang itu sangat dicintai Allah.Maka kita harus bersyukur 
dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.Luahkan kesedihan anda 
kepadaNya.Insyaalah satu hari anda akan bahagia..
Waalhualam
http://sk8tedgurl04.blogspot.
dari: http://akuislam.com/blog/renungan/khas-buat-wanita-yang-sedang-bersedih-wanita-dan-hidayah-dari-allah/#ixzz28shlLOjM
Comments