PENASIHAT DIRI-SENDIRI
Dipetik dari blog : http://kunmusafirmaya.blogspot.com/2012/08/penasihat-bagi-diri-sendiri.html
Penasihat Bagi Diri Sendiri...
**Artikel ini masih lagi berkesinambungan dari artikel Tiba Masanya Untuk Kita Sedar.
Manusia Islam ada mengatakan "Segala yg baik adalah dari Allah, dan segala yg buruk adalah dari diri saya sendiri". Kata² ini ada kebenarannya di dalam Al Quran. Firman Allah:
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka di timpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang² itu (orang munafik) hampir² tidak memahami perbicaraan sedikitpun?
[■ QS4:78 ■]
Pernah berlaku, apabila seseorang manusia ditimpa musibah, ada yg mengatakan begini 'Ini semua kau punya pasal!' padahal musibah itu adalah datangnya dari Allah. Yang buruk (musibah) datang dari Allah? Harus diingat, dalam musibah itu ada KEBAIKAN. Begitulah kehalusannya. Semoga kita tidaklah menyalahkan orang lain lagi apabila kita ditimpa musibah kelak. FIKIR BETUL² SEBELUM MENYALAHKAN ORANG LAIN SEBAB DIRI KITA INI PUN KADANG²NYA BUKANNYA BETUL SANGAT. Pujian kpd Allah dan nilai rendah diri ada di dalam ayat "Segala yg baik adalah dari Allah, dan segala yg buruk adalah dari diri sy sendiri". Nasihatlah diri kita sendiri terlebih dahulu kerana pepatah ada mengatakan "kerana lidah badan binasa".
Penasihat diri sendiri
Allah sedang melihat apa yg 'aku' kerjakan (merujuk kpd diri aku yg seorang). Allah juga sedang melihat apa yg 'kamu' kerjakan (merujuk kpd diri kamu yg seorang). Allah juga sedang melihat apa yg 'kita' kerjakan (merujuk kpd diri aku dan diri kamu semua). Aku/Kita perlu berubah", "Aku/Kita kena berubah", "Aku/Kita mesti berubah". Itulah antara kata² baik yg pernah diucapkan kpd diri sendiri (diri sendiri = diri yg satu, diri yg seorang). Berubah ke arah apa? Aku tidak tahulah tetapi pilihlah ke arah kebaikan yg abadi. Ada yg ucap dgn mulut, ada yg ucap dalam hati. Dari mana datangnya kata² baik (nasihat) itu? Nabi s.a.w bersabda:
“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya (sendiri)“
(Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami)
Aku pasti, kamu semua pernah merasai apa yg dikatakan oleh Nabi s.a.w itu yaitu apabila kita melakukan kesilapan/kesalahan, kita ber-kata² kpd diri sendiri. Mungkin, kita sendiri pernah meluahkannya kpd orang lain dan kita mengatakan 'aku kena sedarkan diri aku, aku kena berubah'. Maka, dapatlah dikatakan bahawa kata² yg baik adalah datangnya dari Allah dan kata² itu ditempatkan di dalam HATI, lalu diucapkan oleh 'kita'. Bagi manusia yg sentiasa dalam keadaan mengingati Allah, apabila mereka mendengar kata² baik yg diucapkan oleh seseorang manusia yg lain, mereka mengetahui bahawa kata² itu adalah datangnya dari Allah walaupun orang yg berkata² itu tidak menyedarinya. Bagi sesetengah orang yg mata hatinya terbuka, dia dapat mengenali dari mana datangnya kata² itu(dgn melihat wajah org yg ber-kata²). Dia dapat kenal, selamatlah dia (tak mudah terpengaruh). Ada juga antara mereka yg mengatakan tentang kebaikan itu lupa akan apa yg telah diperkatakannya dan orang yg mendengar apa yg diperkatakannya itu ingat apa yg didengarinya. "Eh dulu kau pernah cakap dgn aku pasal nie". "Eh ye ke? Aku tak ingatlah". Secara sedar, adakah kita layak nak kata diri kita ini baik?Tidak sama sekali jika kita sedar bahawa 'kita tiada apa-apa'. Begitulah, ber-macam² ragam manusia ada.
Apabila Allah hendak menjadikan kita baik, secara automatik, hati kita akan menjadi penasihat bagi diri kita sendiriTETAPI perlu AWAS dgn bisikan syaitan.
Allah jadikan penasihat utk diri kita dari diri kita sendiri. Hati
termasuk perkara yg ghaib. Kita dapat merasainya tetapi kita tidak
nampak apa yg kita rasai. Kita kata kita sakit hati tetapi kita tak
nampak bagaimana hati kita sakit. Apatah lagi nak tengok bentuk hati
kita. Setakat ini, kita hanya dapat rasa. Apa yg kita kata, kita sendirilah yg faham. Ada juga orang yg mengatakan tentang sesuatu perkara tetapi dia belum merasainya lagi tentang apa yg diperkatakannya(Aku pun pernah kena marah pasal ini). Ada orang kata "Awk tak faham apa yg sy kata sebab awak tak merasai apa yg sy rasa". Benar kita tidak rasa. Namun kita cubalah sedaya upaya utk menolong mereka. RASA itu berbeza pada setiap manusia walaupun manusia itu mengatakan 'samalah, aku pun dah rasa apa yg engkau rasa'. Begitu juga, sebut nama Allah semuanya sama tetapi rasa ketika menyebut nama itu mungkin tidak sama. Sebutan sama, rasa tak sama.
Semua manusia, asalnya adalah baik (bayi). Kadang² kita berusaha untuk faham diri orang lain, untuk jaga hati orang tetapi adakah kita faham dgn diri kita sendiri? Dgn rahmat-Nya, apabila Allah hendak menjadikan seseorang itu baik, kadang² kita tidak perlu tunggu orang lain untuk tegur diri kita (sekiranya ada yg menegur, itu lebih baik). 'Kita' yg perlu tegur diri kita(luaran tegur yg dalaman). Kadang² Diri kita sendiri yg tegur 'kita'(dalaman tegur yg luaran). Saling tegur menegur. Saling ingat memperingati. Fahamkah kita dgn diri kita sekarang? Macam ada 2 suara pada diri kita kan? Takpe, nanti aku kongsikan dalam artikel yg lain.. Sebagai contoh: "Aku tak boleh makan daging, nanti badan aku gatal²". Maka, kita faham dgn diri kita tapi itu dari perihal makanan.
Jika kita mahu belajar tentang kehidupan, 'janganlah kita melihat kpd diri org yg ber-kata² tetapi sebaliknya kita ambil kata² baik yg dikatakan olehnya untuk dipelajari' walaupun yg ber-kata² itu hanyalah seorang kanak² kecil. Lihatlah juga ustaz² dan penceramah² tentang agama/motivasi/kursus serta manusia² baik di luar sana. Mereka lebih baik. Kita ambil tauladan dari mereka. Semut pernah ber-kata², dan Nabi Sulaiman a.s mendengarnya lalu berdoa kpd Allah. Kita? Apabila kita mendengar kata² yg baik, berdoalah juga. Dalam hati pun boleh. Firman Allah:
Semua manusia, asalnya adalah baik (bayi). Kadang² kita berusaha untuk faham diri orang lain, untuk jaga hati orang tetapi adakah kita faham dgn diri kita sendiri? Dgn rahmat-Nya, apabila Allah hendak menjadikan seseorang itu baik, kadang² kita tidak perlu tunggu orang lain untuk tegur diri kita (sekiranya ada yg menegur, itu lebih baik). 'Kita' yg perlu tegur diri kita(luaran tegur yg dalaman). Kadang² Diri kita sendiri yg tegur 'kita'(dalaman tegur yg luaran). Saling tegur menegur. Saling ingat memperingati. Fahamkah kita dgn diri kita sekarang? Macam ada 2 suara pada diri kita kan? Takpe, nanti aku kongsikan dalam artikel yg lain.. Sebagai contoh: "Aku tak boleh makan daging, nanti badan aku gatal²". Maka, kita faham dgn diri kita tapi itu dari perihal makanan.
Jika kita mahu belajar tentang kehidupan, 'janganlah kita melihat kpd diri org yg ber-kata² tetapi sebaliknya kita ambil kata² baik yg dikatakan olehnya untuk dipelajari' walaupun yg ber-kata² itu hanyalah seorang kanak² kecil. Lihatlah juga ustaz² dan penceramah² tentang agama/motivasi/kursus serta manusia² baik di luar sana. Mereka lebih baik. Kita ambil tauladan dari mereka. Semut pernah ber-kata², dan Nabi Sulaiman a.s mendengarnya lalu berdoa kpd Allah. Kita? Apabila kita mendengar kata² yg baik, berdoalah juga. Dalam hati pun boleh. Firman Allah:
Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut:
"Hai semut², masuklah ke dalam sarang²mu, agar kamu tidak diinjak oleh
Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari"; maka dia (Nabi Sulaiman a.s) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba²-Mu yang soleh".
[■ QS27:18-19 ■]
Kesimpulan
Kita sedang melalui kehidupan ini dan telahpun bertemu dgn pelbagai lapisan ragam manusia. Manusia perlu kpd peringatan/nasihat. Kadang² kita perlu duduk bersendirian untuk muhasabah diri, agar diakhir renungan kita itu, kita mengetahui bahawa hati kita perlu dididik agar ianya menjadi benar² baikterutamanya baik kepada Allah. Kita sendiri yg perlu berubah (usaha). Namun, kita ini manusia yg lemah. Semoga Allah jadikan hati kita sebuah hati yg dapat menasihati diri kita sendiri.
Aku jua begitu, manusia biasa, aku juga perlukan nasihat. Bukan semua orang suka kpd org yg memberikan nasihat. Aku nasihatkan diri aku sendiri. Aku mohon maaf atas segala kekurangan kerana kejahilan aku. Aku hanya berkongsi. Sudut pandangan ini kecil sahaja, hanya pandang kpd diri sendiri. Alam Diri Sendiri. Artikel² ini sebenarnya sedang menuju kepada artikel "Kesedaran 1: Janji Yang Pertama". InsyaAllah.. Kita jumpa lagi di artikel seterusnya. Akhir kata "Segala yg baik adalah dari Allah, dan segala yg buruk adalah dari diri aku sendiri". Sekadar perkongsian. Wollohua'lam...
PERINGATAN : Ayat 1033 dari 6236 [Al A'raaf:QS7:79]
Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya
berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat
Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang² yang memberi nasihat".
Comments