IKHLAS DAN KENALI DIRI
Catitan dari pengalaman, permerhatian & perbincangan! Ketika dalam pencarian mengenali diriku sendiri!
Perkara2 yang terjadi disekeliling kita, kadang2 harus kita mengambil iktibar & menjadikannya panduan untuk kita menjalani hari-hari kita seterusnya. Apalagi apabila musibah yang menimpa diri kita sendiri. Selalunya bila sesuatu musibah menimpa kita, kita mengambil jalan mudah, dgn meletakkan kesalahan pada orang lain (jika sesuatu perkara yg buruk itu melibatkan diri kita & orang lain). Mengapa kita bersikap begitu, meletakkan segala kesalahan pada org lain? Mudah & senang sebenarnya dgn berbuat demikian, kerana kita tidak mahu dipertanggungjawabkan atau pun mengakui kesilapan kita. Sememangnya pahit untuk ditelan bila kita terpaksa mengakui kesilapan, kelemahan & kesalahan kita.
Seharusnya, kita berhenti sejenak sebelum dengan sewenang-wenangnya meletakkan kesalahan pada orang lain. Fikirkan dan renungkan, siapa kita sebenarnya. Kita ini hanya insan biasa, yg setiap hari melakukan dosa, mungkin kita tidak melakukan dosa besar, bagaimana pula dgn dosa kecil yg tanpa kita sedari. Tipulah kita, sekiranya kita merasakan dalam satu hari kita bebas dari melakukan dosa... tepuk dada tanya iman... Dari situ, kita cubalah mengenali siapa diri kita, sebaik manakah kita sesama kita manusia, seikhlas manakah hubungan kita sesama manusia, sudahkah kita mendidik anak2 kita dgn sempurna, sudah bebas kah hati kita dari rasa cemburu, dengki, irihati? Pernahkah kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan, penghargaan atau pengiktirafan? Mungkin kita cuba mengelakkan perasaan2 itu, syukur alhamdullillah jika kita berjaya membuang perasaan itu dari diri & hati kita ketika melakukan sesuatu. Tapi pasti terdetik di hati "hari ini aku tolong dia, mungkin satu hari jika aku kesusahan dia kan tolong aku pulak". Tipulah jika hati kita tidak terdetik demikian, mungkin ketika melakukan kebaikan itu kita tidak berfikir begitu. Tapi apabila org yg pernah kita tolong, tetiba atas sebab2 tertentu menghampakan kita, mulalah akan berkata2 hati kita "dulu aku pernah tolong dia, sekarang ni aku minta tolong sikit aje, tu pun x blh nak tolong." Justru, di mana keikhlasan kita selama ini.... rugi kan....
Justru, bila sesuatu terjadi kepada kita, janganlah kita cepat2 meletakkan kesalahan pada orang lain atau keadaan sekeliling kita. Letakkan kesalahan itu pada diri kita dulu, memang pahit, tapi dari kepahitan itu setelah kita menerima & memaafkan diri kita seadanya, kita akan menikmati kemanisannya.
Memang, tiap yg menimpa kita, adalah ujian dari Allah untuk meningkatkan keimanan kita... betul, tapi kadang2 kita mengambil pendekatan itu tanpa melihat kelemahan kita, kerana takut mengakui kesilapan kita. Betul para rasul, para nabi, para sahabat, para ambia, para wali, diuji dengan segala kesusahan kerana Allah ingin meningkatkan keimanan mereka. Lihat dan telitilah diri kita, di mana kita jika dibandingkan dengan mereka? Hati & kehidupan mereka hanya untuk Allah semata2, apa yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah mengharapkan apa2 balasan dari manusia, segala2nya untuk Allah dan hanya balasan dari Allah mereka harapkan.
Bagaimana dengan kita, adakah kita seperti mereka? Kita pergi kerja, cari duit banyak2, dah plan dah dalam kepala, dapat OT nnti nak beli Samsung S3, dapat bonus nanti nak tukar sofa baru. Tak dinafikan kita bersedekah ke jalan Allah, tapi berapa peratus yg kita sedekahkan dari pendapatan kita. Abih byk kalau kita jumpa org minta derma, kita bagi RM10 mgkin lah RM50, tu pun dah rasa byk bebenor (see i am thinking that way). Tapi kita sanggup beli I Phone, Samsung S3 yg berharga almost RM2K, yang x membawa apa2 kebaikan pun, tapi boleh melalaikan. Kehidupan kita yg begitu, kita nak samakan dengan kehidupan para rasul, para nabi, para sahabat, para wali, para ambia? Tak terasa malu ke kita nak samakan ujian yg menerima kita dengan ujian yg menerima mereka? Tepuk dada lagi, tanya iman kita.... jawapannya sangatlah ketara, x payah kita cuba sembunyikan, kita sendiri dah tahu jawapannya. Nak tipu siapa, nak tipu diri kita...... Kita sendiri pun tidak ikhlas dengan diri kita sendiri, apalagi dengan org lain. Justru wajarkah kita mengharapkan keikhlasan orang lain pada diri kita..... Jika betul kita melakukan segalanya kerana Allah, pasti tidak akan terkeluar perkataan seperti "aku x buat pape pun kat dia, ngapa dia buat aku begini" atau "apalah salah aku padanya hingga aku dibuat begini", atau "aku dah tolong dia macam2, tp dia langsung x mengenang budi aku", atau "aku x kacau pun hidup dia, pasal apa dia cakap yg bukan2 pasal aku", atau "aku ikhlas tolong dia dan aku x berniat nak mengungkit". Ikhlas ke? Bila ayat "aku ikhlas" dah terkeluar dari mulut kita tu, eloklah kita renung segenap, mengapa perkataan itu blh terkeluar dari mulut kita, to me, once dah terkeluar ayat itu, maknanya kita x pernah ikhlas melakukannya.
My one cents, jika kita ikhlas dalam sesuatu perbuatan, kita tidak akan menyebutnya lagi, mengungkit atau mempertikaikan perbuatan lalu kita itu dgn perkataan IKHLAS, kita dah melupakan kebaikkan kita itu.
Justru, bila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan hati, sebelum menunding jari kepada orang lain atau keadaan sekeliling, renunglah seketika, bermuhasabahlah, kenalilah diri kita dahulu.... kita adalah sebahagian dari kejadian itu.... Keikhlasan, x perlu disebut, diungkit, diukur.... dan kita hanyalah insan biasa, setiap hari melakukan dosa. Terimalah dengan tenang, sabar & redha setiap kesusahan, penderitaan, penghinaan & malapetaka kerana kasihsayang Allah untuk meringankan dosa2 dan terimalah semua itu juga sebagai pembalasan di atas segala dosa2 kita yg kita lakukan setiap hari itu.
Ini semua adalah sekadar perkongsian dari pengalaman yang aku lalui selama ini, dan ketika2 aku duduk memikirkan sambil cuba mengenali diriku sendiri. Dan juga ianya lahir ketika aku meletakkan kesalahan pada orang lain di atas perkara yg menimpa ku.
Semuga Allah sentiasa memberikan kesedaran pada ku, seperti mana kesedaran yg aku rasakan di waktu ini, alhamdullillah.
Bukanlah maksud ku kita harus berputus-asa dgn menerima setiap ujian itu sebagai pembalasan ke atas dosa2 kita, tapi kita harus terus berusaha memperbaiki diri kita, di samping cuba tidak lagi menyalahkan insan lain & keadaan bila sesuatu keburukan menimpa kita.
Whatever people think of us, is actually the reflection of who we really are! People are the mirror for us!
---------------------------------------------------------------------------------
Beberapa petikan utk panduan kita:-
“Apakah
manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan
,” Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh
Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka Allah pasti
mengetahui orang-orang yang benar , dan Dia mengetahui orang-orang yang
berdusta.” [Surah al-Ankabut, ayat 2-3]
Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghiffari ra. :
“Wahai Abu Dzar, Perbaruilah perahumu, karena lautan itu sangat dalam; Carilah perbekalan yang lengkap, karena perjalanan itu sangat jauh; Kurangilah beban, karena rintangan itu amatlah sulit untuk diatasi dan; Ikhlaslah dalam beramal, karena yang menilai baik dan buruk adalah Zat Yang Maha Melihat.”
Kehidupan abadi di negeri akhirat itu menempuh perjalanan yang jauh
dan rintangan yang amat sulit untuk diatasi seperti laut yang dalam
gelap dan membutuhkan bekal yang lengkap dan memadai. Karenanyalah tak
mudah kita untuk bisa sampai kepada kebahagiaan akhirat.
Maka dari itulah beban yang ada selama perjalanan haruslah dikurangi,
terlalu banyak mengambil keduniaan mengakibatkan perjalanan kita
semakin berat dan sulit ketika menghadapi rintangan. Sebagaimana pesan
Rasulullah kepada Salman Al-Farisi yang berbunyi, “Hendaklah bagian
kalian dari kekayaan dunia ini seperti bekal seorang musafir.”
Oleh karenanya beruntunglah orang yang dalam hidupnya benar-benar
hanya mengharap ridha Allah (Abu Sulaiman Ad-Darini). Perkataan
Ad-Darini ini mengacu pada sabda Nabi saw yang ditujukan kepada Mu’adz
ra :
“Ikhlaskan niat, niscaya engkau akan menerima balasan amalmu meskipun amalmu itu sedikit.”
Hanya niat yang lurus, bekal yang lengkap, dan tidak terlalu banyak
mengambil keduniaan yang akan menghantarkan perjalan hidup kita sampai
pada kebahagian dan keberuntungan negeri akhirat yang kekal.
FIKIR BETUL² SEBELUM MENYALAHKAN ORANG LAIN SEBAB DIRI KITA INI PUN KADANG²NYA BUKANNYA BETUL SANGAT. Pujian kpd Allah dan nilai rendah diri ada di dalam ayat "Segala yg baik adalah dari Allah, dan segala yg buruk adalah dari diri sy sendiri". Nasihatlah diri kita sendiri terlebih dahulu kerana pepatah ada mengatakan "kerana lidah badan binasa".
Nabi s.a.w bersabda:
“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya (sendiri)“
(Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami)
Aku pasti, kamu semua pernah merasai apa yg dikatakan oleh Nabi s.a.w itu yaitu apabila kita melakukan kesilapan/kesalahan, kita ber-kata² kpd diri sendiri. Mungkin, kita sendiri pernah meluahkannya kpd orang lain dan kita mengatakan 'aku kena sedarkan diri aku, aku kena berubah'. Maka, dapatlah dikatakan bahawa kata² yg baik adalah datangnya dari Allah dan kata² itu ditempatkan di dalam HATI, lalu diucapkan oleh 'kita'.
Bagi manusia yg sentiasa dalam keadaan mengingati Allah, apabila mereka
mendengar kata² baik yg diucapkan oleh seseorang manusia yg lain,
mereka mengetahui bahawa kata² itu adalah datangnya dari Allah walaupun
orang yg berkata² itu tidak menyedarinya. Bagi sesetengah orang yg mata hatinya terbuka, dia dapat mengenali dari mana datangnya kata² itu(dgn melihat wajah org yg ber-kata²). Dia dapat kenal, selamatlah dia (tak mudah terpengaruh). Ada juga antara mereka yg mengatakan tentang kebaikan itu lupa akan apa yg telah diperkatakannya dan orang yg mendengar apa yg diperkatakannya itu ingat apa yg didengarinya. "Eh dulu kau pernah cakap dgn aku pasal nie". "Eh ye ke? Aku tak ingatlah". Secara sedar, adakah kita layak nak kata diri kita ini baik? Tidak sama sekali jika kita sedar bahawa 'kita tiada apa-apa'. Begitulah, ber-macam² ragam manusia ada.
Comments