berbahagialah selalu.


Wahai diri, wahai hati, jangan bersedih ditakdirkan bersendirian.....

 berbahagialah selalu...(",)

bicaralah yang indah,
walau tanpa cinta manusia.

hiduplah dengan bahagia,
walau tanpa cinta manusia.

tetaplah berbahagia asal tak sepi dari cintaNYA....

bila jodoh belum tiba, dan ketentuan belum terjadi,
buktikan pada mereka bahawa kau masih mampu berbahagia,
dalam sendirimu.



tunjukkan pada mereka,
bahawa kau masih tetap percaya aturan-NYA tak pernah tersalah.

biar mereka tahu,
bahawa bahagia bukan hanya datang dengan cinta manusia.

biar mereka sedar,
bahawa cinta manusia bukan satu-satunya,
anak kunci menuju syurga..

biar mereka percaya,
bahawa sendirian, itu bukan hukuman..
itulah ujian dan kesempatan,
untuk menilai semula diri,
dan memperbaiki cinta pada Ilahi.

jodoh adalah ketentuan,
yang memang perlu diusahakan,
namun mungkin masih terlalu banyak hal lain
yang perlu diutamakan.



bahagialah, dengan apa yang ada......(",)
#kasih ALLAH, syg ALLAH#

Comments

Cahaya Pecinta said…
Betul my dear aunty!!! Always be strong. Org yg dah berkahwin pun belum tentu bahagia & ada Allah dalam hatinya... Bersyukur kerana kita punya kesempatan dan itulah Hikmah & Anugerah!!!!
Thank you my dear. Sad but still going strong.

Popular Posts