Di Sebalik Liku-Liku
Di Sebalik Liku-Liku
Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar
mengenal kehidupan. Bahawasanya sebalik hidup bukan sahaja berteman
suka dan bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata. Maka, aku
mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus
menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa di
genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang
ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana ku tahu bahawa
segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya
persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna. Aku
belajar menjadi diri aku apa adanya. Tidakku cemburu menatap
kelebihannya dia. Kerana ku yakini bahawa. Allah itu menjadikan kita
tidak sama. Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang
tidak serupa.
Sebalik kegagalan semalam telah
menghancurkan impian. Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu
kesimpulan. Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya
berada di tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang, Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang. Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya
menebuk lubang terdalam dihatiku. Namun kerana sebalik kehilangan itu
aku belajar sesuatu. Bahawa setiap yang datang akan berlalu. Tiada apa
yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu ku isikan
pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku. Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.
Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.
Terima kasih, Ya Allah.
Comments