PERASAAN

Hujan... hati tiba-tiba merasa amat hiba... selesai solat asar, selesai membaca beberapa helaian dari Al-Quran... di situlah ketenangan, di situlah kekuatan.... di kala keresahan dan kesepian sesekali datang mengusik jiwa. 

Bertambah keyakinan di dalam hati ini, bahawa setiap apa yang kita miliki hari ini... bukanlah milik kita sepenuhnya, kerana kita tidak mampu mengawalnya, dari dalam genggaman pun boleh terlepas jua... yang ada hanyalah sekeping hati. Hati yang sentiasa berbolak-balik dengan pelbagai perasaan.. itupun hak milik Allah yang Allah pinjamkan.... segalanya milik Dia... kita hanya dapat merasa segala perasaan kurniaNya. Pasti kita kadang2 tertanya... ketika sedih... mengapa Allah meminjamkan perasaan ini kepada kita... yang pasti... Allah ingin mendidik kita sabar dengan ujian yang menjadi punca kesedihan ini. Ketika rasa sepi dan keseorangan, Allah ingin menyedarkan kita bahawa hanya Dia yang akan sentiasa berada di sisi kita... ketika bahagia & gembira... subhanallah, Allah mengajar kita bersyukur dengan nikmatNya. 

Semua perasaan yg menghantui diri, mengusik jiwa, menguasai hati... pasti akan datang & pergi lambat-launnya... yakinlah ianya dariNya, Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Sabarlah ketika diuji
Syukurlah ketika bahagia
Redhalah dengan ketentuanNya...
Yang kita rasa baik untuk kita belum tentu baik pada pandangan Allah SWT... hanya Dialah yang mengetahui dan terimalah ketentuanNya.
Belajarlah untuk senyum dalam apa jua keadaan...

Comments

Popular Posts