DIA DI SINI
Termenung di jendela.... pandangannya jauh, sejauh fikirannya yang melayang.
"Bagaimanakah aku boleh sampai ke sini, berada di sini?" patah2 perkataan itu terkeluar lembut dari bibirnya.
Dia tidak pernah menjangka akan berada di sini, dalam keadaan yang dilaluinya sekarang. Terlalu banyak yang telah dilalui dalam kehidupannya, terlalu banyak. Terlalu banyak airmata yang jatuh membasahi bumi di sepanjang kehidupannya. Berkali-kali dia tersungkur, tergelincir, tersasar dan tersesat. Kalau difikirkan secara logik akal, hatinya bukan sahaja retak seribu, tapi sudah hancur berkecai, seperti pasir-pasir halus di tepian pantai.... di bawa ombak ke tengah & ke tepi. Sesekali dilambung ombak ganas, bertaburan di permukaan air.
"Hmmm Allah sahajalah yang mengetahui, Dia jugalah Yang Maha Mengurnia, terima kasih Allah, terima kasih Allah.." bisiknya lagi.
"Alhamdullillah.." lembut sahaja perkataan itu keluar dari bibirnya.
Sepanjang usia yang sudah melebihi setengah abad, terlalu banyak kepahitan dilaluinya. Ujian demi ujian menimpa dirinya. Adakalanya, malah berkali-kali dia mengeluh dengan ujian yang menimpanya. Berkali-kali dia bertanya kepada Allah,
"Mengapa aku Ya Allah, tidak layakkah aku untuk menikmati bahagia..". Sukar baginya untuk menghadapi setiap ujian yang menimpa dirinya itu... sukar untuk dia memahami mengapakah kehidupannya sebegitu rupa.
Namun tiap kali dia tersungkur atau terjatuh... setiap kali itu juga dia cuba bangun, berbekalkan sedikit semangat yang ada... meneruskan perjalanannya. Di waktu yang sama, dia tahu, ada sesuatu yang tiada dalam dirinya, ada sesuatu yang hilang darinya... sesuatu, sesuatu yang seharusnya dia miliki, yang pasti menjanjikan ketenangan & kebahagiaan buatnya.
Apakah sesuatu itu.... apakah yang akan memberikannya ketenangan yang amat didampakannya, apakah yang akan memberikan kebahagiaan yang amat asing baginya itu?
Bibirnya sentiasa menyebut perkataan itu. Itu jugalah yang sering menjadi sasarannya ketika derita yang ditanggungnya tidak mampu dipikul lagi... ALLAH.... ye Allah.
Jauh & sukar perjalanannya dalam mencari itu... ALLAH... Sebelum ini, ianya hanyalah satu perkataan yang tidak memberi apa2 erti pun padanya.... ianya sekadar keluhan ketika susah, sekadar tempat melepaskan segala kemarahan & geram sahaja...
Lama benar baginya untuk menemui Allah... terlalu lama.... lama juga untuk dia memahami mengapa dia sentiasa diuji dengan kesedihan, penderitaan, kehilangan, kesusahan & bermacam2 lagi bentuk ujian yang telah dilaluinya. Dan tiap kali diuji, tiap kali itu juga dia masih tetap mampu bangun berdiri meneruskan kehidupannya. Dari mana datangnya kekuatan itu? Sedangkan dia sering merasakan hanya ingin MATI sahaja atau pergi jauh2 dari sini.... Tiap kali diuji, dia rasa terlalu penat, kalau boleh hanya ingin tidor untuk selamanya... tidak mampu untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan kepayahan ini.
Mungkinkah, kerana terlalu lama menderita, mencari kebahagiaan yang diharapkan.... dia mula merasakan akan kehadiran Allah.... mungkin kerana dia terkapai2 mencari tempat pergantungan yang kekal abadi.... makanya Allah ditemui....
Dia amat bersyukur.... dalam serba kekurangan & kelemahan yang ada pada dirinya, Allah masih menerima dia, memberi harapan kepadanya, menunjukinya ke jalan yang harus dilalui.... Bagi dirinya, harapan memang tiada lagi untuknya.... hidupnya akan terusan dibelenggu derita.... tapi Ya Allah, Dialah yang lebih mengetahui.... Rupa-rupanya segala penderitaan, kesedihan & kesusahan yang dilaluinya selama ini rupanya Allah sedang menyiapkan dirinya dengan sesuatu yang lebih baik lagi....
"Allah tidak kejam, aku sebenarnya yang berlaku kejam pada diriku ini", bisik hatinya. Airmata bercucuran membasahi pipi. Kali ini airmata yang mengalir, bukan lagi airmata duka, bukan lagi dari kesedihan & penderitaan, tapi airmata yang penuh dengan keharuan & penuh kesyukuran. Terharu, kerana walau begitu jauh dia telah meninggalkan Allah, tapi Allah tetap memanggilnya pulang ke pangkuan, menerimanya dengan segala kelemahan & dosa2 yang menyaluti tubuhnya.... bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat... untuk merasai segala nikmat disebalik setiap ujian,
Dia menarik nafas lega, terukir senyuman di wajahnya.... kini, dia sudah mampu memahami hikmah disebalik ujian, dia lebih tabah & sabar dalam menghadapi setiap ujian... dalam sedih dia masih mampu tersenyum & bersyukur dengan ketentuan Allah.... Kini dia merasa amat tenang, walau sesekali badai datang melanda, dia merasa amat bahagia... walau masih terus diuji.
Dia amat bersyukur dengan segala kekurangan yang ada pada rumahtangganya.... alhamdullillah.... baginya kekurangan itulah yang melengkapkan kehidupannya....
"Alhamdullillah, alhamdullillah, alhamdullillah... bimbinglah aku Ya Allah, sayangilah aku Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan aku walau untuk sesaat jua...." Mohonnya sambil menadah tangan dengan wajah yang masih tersenyum & airmata yang terus mengalir.
Comments