RAMALAN CUACA - RUMAHTANGGA
RAMALAN CUACA…RUMAH TANGGA
14FEB
“Ah, saya paling bertuah. Paling bahagia,” kata seorang sahabat saya beberapa hari selepas pernikahannya. Jarinya masih merah. Wajahnya berseri-seri.
“Untung aku ikut pilihan Tok Guru.. sudahlah cantik, solehah pula,” pujinya sambil tersenyum lebar.
Saya yang menziarahinya turut gembira.
“Apa pesan abang ya?” tanyanya.
Saya menepuk bahunya perlahan-lahan. Hidangan yang dijamu oleh suami isteri yang baru seminggu berkahwin itu saya jamah sepenuh hati. Enak. Benar bila hati gembira… semua menjadi gula — manis.
Melihat mood yang begitu. datang pula usikan kenangan saya sendiri ketika jadi “orang baru” 30 tahun yang lalu.
“Nasihat apa ya? Semua nampak ok,” balas saya.
“Ya. bang. Memang tepat pilihan Tok Guru saya. Sukar hendak membayangkan betapa gembiranya hati ini.”
Sah, saya sedang berhadapan dengan orang yang berada di ‘alam lain.’ “Dalam gembira kita perlu bersedia untuk berdepan dengan kesusahan. tusuk saya hampir berbisik.
Dia tersentak.
“Dalam manis mesti ada yang pahit,” tambah saya lagi.
“Saya kenal isteri saya bang. Insya-Allah, yang pahit pun akan bertukar jadi manis,” jawabnya. Senyumannya terus melebar.
“Tidak, awak belum kenal lagi dengan isteri awak,” pintas saya.
“Kami sudah terlalu rapat. Tidak ada siapa dapat memisahkan kami. Dia adalah jawapan doa saya selama ini.”
Wah, katanya persis penyair. Cinta, benar-benar ajaib. Bila jatuh cinta, seorang lelaki akan bertukar menjadi penyair. Tetapi bila cinta diuji, usia rumahtangga bertambah dan mula dilanda masalah, seorang lelaki akan bertukar menjadi ‘ahli falsafah’. Saya senyum sendirian.
“Allah akan menguji kita melalui orang yang paling kita sayang,” kata saya.
“Macam mana tu?”
“Orang yang paling kita sayanglah boleh bertukar menjadi orang yang paling kita benci,” balas saya.
“Saya tidak akan membencinya!”
“Alhamdulillah, amin. Begitulah hendaknya. Tapi cinta pasti diuji”
‘Tadi mengapa abang kata saya belum kenal lagi Isteri saya?”
“Kerana ‘warna sebenar’ keperibadiannya belum muncul lagi.”
“warna sebenar? Apa tu?”
“Tingkah laku. tabiat, sikap dan rasa hatinya,” balas saya.
‘Eh. baik bang. Bagus. Saya bertuah.”
Lagi-lagi kalimah itu yang diulangnya.
Bagaimana saya mahu memberitahu bahawa ‘warna
sebenar’ pasangan kita hanya akan muncul setelah lima tahun berkahwin? Begitu mengikut kajian pakar psikologi perkahwinan.
sebenar’ pasangan kita hanya akan muncul setelah lima tahun berkahwin? Begitu mengikut kajian pakar psikologi perkahwinan.
“Perempuan umpama angin… saya mula membuat kiasan.
“Umpama angin?”
“Kadangkala bertiup lembut. Terlena kita dibuatnya. Ada masanya, bertukar ribut. ‘Kalut’ kita digugahnya. Sekali-sekali jadi taufan… kecut kita,” ujar saya sambil bergurau.
Dia terpinga-pinga.
Mana mungkin dia yang sedang dibelai lembut oleh angin sepoi-sepoi bahasa itu akan mengerti hebat dan dahsyatnya taufan rumah tangga yang pasti melanda nanti? Bisik hati saya.
“Jangan cepat memuji. Begitu juga Jangan cepat membenci. Tetapi bersederhana dan bersyukurlah. Kalau terlalu memuji, bila sesuatu yang tidak dijangka berlaku nanti kita akan terlalu terluka,’ nasihat saya.
Bukan hasrat saya untuk menakut-nakutkannya, tetapi saya perlu mengingatkannya tentang cuaca rumah angga. Ada tenang, ada gelombang, ada panas, ada hujan. Apabila hari panas, sediakan payung… orang kata. sediakan payung sebelum hujan!
“Saya tidak dapat bayangkan mana mungkin Isteri yang solehah dan lemah lembut sepertinya boleh melukakan saya nanti,” katanya.
“Ya, seperti mana orang tidak menjangka angin sepoi-sepoi bahasa boleh bertukar menjadi ribut,” balas saya.
“Abang macam meramalkan sesuatu yang buruk. Tak baik bersangka buruk,” pintasnya.
“Kita mesti bersedia menghadapi yang terburuk walaupun kita sentiasa mengharap yang terbaik. Ini soal persediaan. Bukan berprasangka. Elok kita berhati-hati. Gembira dan sedih jangan keterlaluan. Bersederhana itu yang menyelamatkan. Abang cuma nak ingatkan,” jelas saya.
“Cuaca rumah tangga boleh diramalkan ke?”
“Bolehkah buat ramalan?”desaknya terus menerus.
“Sekadar menjangka dan membuat persediaan tidak salah.Macam cuaca harian juga. Misalnya. jika ada ramalan atau jangkaan yang mengatakan akan berlaku banjir, kita boleh buat persediaan. Tak jadi banjir tidak mengapa, tetapi dengan jangkaan dan ramalan itu kita boleh buat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.”
“Bukankah ramalan itu tidak baik?
“Ini bukan ramalan loteri atau nombor ekor. ini ramalan yang
dibuat berdasarkan pengamatan saintifik dan pengalaman. Berdasarkan ilmu. Tetapi dalam hati kita tetap berkeyakinan Allah yang menentukan segala- galanya. Ramalan dibuat bukan untuk menetapkan keyakinan tetapi sekadar asas untuk buat persediaan.
dibuat berdasarkan pengamatan saintifik dan pengalaman. Berdasarkan ilmu. Tetapi dalam hati kita tetap berkeyakinan Allah yang menentukan segala- galanya. Ramalan dibuat bukan untuk menetapkan keyakinan tetapi sekadar asas untuk buat persediaan.
“Jadi, abang sedang buat ramalan cuaca rumah tangga saya ni lah ya?”
“Berdasarkan cuaca rumah tangga abang sendiri yang sudah jadi datuk ni. Dan juga cuaca rumah tangga orang lain. Kalau ada hujan, pasti ada panas. Ada kering, pasti ada hujan…”
“Patutlah ada lirik lagu ‘ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengah hari,” katanya bergurau.
Alhamdulillah. dia mula faham sekarang. Saya bimbang dia terus dibuai-buai dalam alam fantasi bulan madunya.
“Nanti perlahan-lahan warna sebenar isteri awak akan terserlah jua. Mula-mula di peringkat hamilnya. Kemudian bila dalam pantang. Selepas itu dapat seorang anak. dua. tiga danseterusnya. Bila anak-anak mula remaja dan dewasa… keluar lagi warna sebenarnya. Proses itu akan berterusan..
Saya mula terangkan satu persatu tahap-tahap ujian dalamperkahwinan. Pada setiap tahap itulah, warna sebenar kita danpasangan kita akan terserlah. Saya tersenyum mengingatkan seorang lagi kawan saya yang dulunya asyik memuji bahawa isteri pendiam tetapi kini setelah jumlah anaknya lima orang… dia hairan kenapa isteri berubah menjadi peleter yang tegar?
Tak sangka! Kemudian giliran diapula terdiam bila saya menjelaskan kepadanya bahawa dia juga dulunya ceria, hu ha, hu ha, telah bertukar menjadi pendiam.Pemenung. Begitulah alam rumah tangga. Sekali bah melimpah, sekali pasir berubah.
“Apa nasihat abang?’
“Abang cakap melalui pengalaman sahaja. Yang manis jangan cepat ditelan, yang pahit jangan cepat diluahkan. Sayang dan benci biarlah sederhana. jangan terlalu cepat membenci. Jangan keterlaluan dalam memuji. Kesederhanaan itu selalunya menyelamatkan kita.”
“Habis, saya tidak boleh gembiralah sekarang?”
“Bergembiralah tetapi jangan lupa diri.”
“Saya takut bila diuji nanti.”
“Terimalah segala-galanya seadanya. Isteri kita manusia. Kita juga begitu. Selagi bernama manusia selagi itulah kita ada kelemahan dan kekurangan. Sekarang, awak nikmati kemanisannya. Tapi harus bersedia merasai kepahitannya. Apa pun, kalau ada cinta, kita dapat menghadapi segala-galanya dengan baik. Manis, syukur. Pahit, sabar. Itulah panduan menghadapi cuaca rumah tangga.”
“Bila bulan madu abang berakhir dulu?” tanyanya tiba-tiba.
Giliran saya pula terkejut.
“Apa rasanya berbulan madu? tanya saya semula setelah berdiam diri agak lama.
“Ummp, manis!”
Saya senyum.
“Bila bulan madu abang berakhir?” Dia mengulangi soalannya.
“Entahlah. Kemanisan datang dan pergi. Berselang-seli dengan kepahitan. Bulan madu bukan berlaku sekali, tetapi berkali-kali.”
“Macam mana tu bang?”
“Bila kepahitan berlalu. Manis pun datang. Kita pun berbulan madu. Kemudian, pahit datang lagi. Bulan madu berakhir seketika. Kemudian manis datang lagi, bulan madu pun berulang lagi… Begitulah seterusnya mengikut cuaca rumah tangga. Inilah hakikat hidup di dunia. Di sini bukan syurga yang terus berkekalan nikmatnya.”
Dia senyum. Mungkin dia belum faham sepenuhnya. Tetapi tidak mengapa. Ada ilmu yang tidak boleh difahami hanya dengan mempelajari. la perlu dirasai… Ya, antara ilmu tentang cuaca rumah tangga!
http://genta-rasa.com/2017/02/14/ramalan-cuaca-rumah-tangga/
Comments