RINDU

Tiba-tiba rindu datang menyapa. Tak semena-mena airmata mengalir jatuh ke pipi, kerana rindu yang teramat sangat. Entah mengapa tiba-tiba rindu ini beriringan dengan airmata. Tidak pernah begini sebelum ini. 

Dua hari lepas sempat mendengar suaranya, berbual seketika dengannya. Dia bukanlah jenis yang suka berbual, terpaksa ku panggil namanya berkali-kali barulah dia menjawab & respon kepada pertanyaan ku. Itupun, lain yang ditanya, lain yang dijawab. Sudah pandai mengejek & mempermainkan kita. 

Aduhai..... untuk hari ini, akan ku pendam rindu ini.....insyaAllah, jika umur masih panjang & dengan izinNya pasti ketemu lagi, wahai buahati, pengarang jantung ku. 


Comments

Popular Posts