MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
نا رجل لي عين لا تدمع فكيف أجعلها تدمع من خشيه الله تحقيقا للحديث ” عينان لا تمسهما النار – وذكر ” عين بكت من خشية الله ” ؟.
Aku merupakan seorang insan yang tidak pernah menangis (kerana takutkan Allah). Bagaimanakah caranya untuk aku mampu menangis kerana takut kepada Allah? Ini untuk membolehkan aku melaksanakan hadis “Dua mata yang tidak disentuh oleh neraka” disebutkan bahawa ia adalah mata yang menangis kerana takutkan Allah.
Jawapan:
الحمد لله
لا شك أخي السائل أن هذا الشعور منك بالتأسف على فوات هذا الخير علامة ومؤشر على خير كبير. وأعلم! أخي ـ أن المسلم يستطيع أن يعوِّد نفسه على البكاء من خشية الله ، وذلك من خلال هذه المحطات :
Alhamdulillah. Tidak syak lagi, bahawa penyesalan yang engkau rasai kerana tidak dapat menangis ini merupakan satu petanda yang sangat baik. Wahai saudara ku, ketahuilah! Seorang Muslim itu mampu untuk membuatkan dirinya menangis kerana takut kepada Allah dengan melakukan hal-hal berikut:
1. استشعار الخوف من الله تعالى .
إن هذا البكاءُ ثمرةُ العلمِ النافع ، كما قال القرطبي في تفسير قوله تعالى ::
Pertama: Merasai perasaan takut kepada Allah. Sesungguhnya tangisan kerana takut kepada Allah merupakan hasil daripada ilmu yang bermanfaat. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan firman Allah:
(وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (الإسراء/109
Dan mereka tersungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (Al-Isra’ :109)
” هذه مبالغةٌ في صفتهم ومدحٌ لهم ؛ وحُقَّ لكلّ من توسّم بالعلم وحصّل منه شيئاً أن يجري إلى هذه المرتبة ؛ فيخشع عند استماع القرآن ويتواضع ويذلّ ، وفي مسند الدّارميّ عن أبي محمد عن التَّيْميّ قال : مَنْ أُوتِيَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لاَ يُبْكِيهِ لَخَلِيقٌ أَنْ لاَ يَكُونَ أُوتِيَ عِلْمًا يَنْفَعُهُ لأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى نَعَتَ الْعُلَمَاءَ ، ثُمَّ قَرَأَ… {إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ} إِلَى قَوْلِهِ {يَبْكُونَ} الجامع لأحكام القرآن ” 10/341-342.
Ini merupakan gambaran yang menunjukkan hebatnya sifat mereka dan ia merupakan satu pujian kepada mereka. Adalah satu kemestian untuk setiap orang yang dikurniakan ilmu dan berjaya memperolehi sesuatu daripada ilmu untuk sampai ke tahap ini sehingga dia khusyuk dan merendah diri ketika mendengar bacaan al-Quran. Direkodkan dalam Musnad ad-Darimi, Abu Muhammad meriwayatkan daripada at-Taimi bahawa beliau berkata: Sesiapa yang dikurniakan ilmu tetapi ia tidak membuatkannya menangis kerana Allah, sesungguhnya dia belum lagi dikurniakan ilmu yag bermanfaat kepada dirinya. Ini kerana Allah menceritakan tentang sifat orang berilmu, kemudian Allah menyebutkan pula ayat ini [al-Jami’ Li Ahkam al-Quran]
2. قراءة القرآن وتدبر معانيه .
قال تعالى : ( قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ سُجَّداً * وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً * وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً )الاسراء/107-109
2. Membaca al-Quran dan menghayati maksudnya.
Allah berfirman: Katakanlah: “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman [sama saja bagi Allah]. Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tersungkur di atas muka mereka sambil bersujud, (107) dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi”. (108) Dan mereka tersungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (109) [Surah al-Isra’ 107-109]
وقال عز وجل : ( أُولَئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرائيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجَّداً وَبُكِيّاً ) مريم/58
Allah berfirman lagi: Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka tersungkur dengan bersujud dan menangis. (Maryam : 58)
عَن ابن مَسعودٍ – رضي اللَّه عنه – قالَ : قال لي النبيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : ” اقْرَأْ علَّي القُرآنَ ” قلتُ : يا رسُولَ اللَّه ، أَقْرَأُ عَلَيْكَ ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ ؟ ، قالَ : ” إِني أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي ” فقرَأْتُ عليه سورَةَ النِّساء ، حتى جِئْتُ إلى هذِهِ الآية : ( فَكَيْفَ إِذا جِئْنا مِنْ كُلِّ أُمَّة بِشَهيد وِجئْنا بِكَ عَلى هَؤلاءِ شَهِيداً ) قال : ” حَسْبُكَ الآن ” فَالْتَفَتُّ إِليْهِ ، فَإِذَا عِيْناهُ تَذْرِفانِ . رواه البخاري (5050) ومسلم (800 .(
Ibn Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada ku: Bacakanlah untuk ku al-Quran. Aku pun menjawab: Ya Rasulullah, aku mahu bacakannya untuk engkau sedangkan ia diturunkan kepada engkau? Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Sesungguhnya aku suka untuk mendengar bacaan al-Quran daripada orang lain. Lalu aku pun membacakan kepada baginda surah an-Nisa’ sehinggalah aku sampai kepada ayat ini: (Maka bagaimanakah [halnya orang kafir nanti], apabila Kami mendatangkan seseorang saksi daripada setiap umat dan Kami mendatangkan kamu [Muhammad] sebagai saksi ke atas mereka itu {an-Nisa’ : 41}). Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Cukuplah. Aku menoleh ke arah baginda dan aku melihat kedua matanya menangis [al-Bukhari dan Muslim]
3. معرفة عظيم الأجر على البكاء وخاصة في الخلوة .
عن أبي هريرة – رضي اللَّه عنه – قال : قالَ رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : ” لا َيَلِجُ النَّارَ رَجْلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّه حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ في الضَّرْع ، وَلا يَجْتَمعُ غُبَارٌ في سَبِيلِ اللَّه ودُخانُ جَهَنَّمَ ” . رواه الترمذي (1633) والنسائي (3108) . وصححه الألباني .
وقوله ” حتى يعود اللبن في الضرع ” : هذا من باب التعليق بالمحال كقوله تعالى : حتى يلج الجمل في سم الخياط ) “تحفة الأحوذي(
Ketiga: Mengetahui ganjaran yang besar buat orang yang menangis khususnya ketika bersendirian.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak akan disentuh neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu kembali masuk ke dalam tempat keluarnya, dan tidak akan bersama debu-debu di jalan Allah dengan asap neraka jahannam [at-Tirmizi, dan an-Nasaie. Shaikh al-Albani mensahihkannya]
Sabdanya yang bermaksud: “sehingga susu kembali masuk ke dalam tempat keluarnya” ia merupakan petunjuk kepada mustahilnya sesuatu perkara sebagaimana firman Nya: (sehingga unta masuk ke dalam lubang jarum) [Tuhfatul Ahwazi]
وعنه قالَ : قالَ رسُولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : ” سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إلا ظلُّهُ : إِمامٌ عادِلٌ ، وشابٌّ نَشَأَ في عِبَادَةِ اللَّه تَعالى ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّق بالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلانِ تَحَابَّا في اللَّه ، اجتَمَعا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ ، وَرَجَلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمالٍ فَقَالَ : إِنّي أَخافُ اللَّه ، ورَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةَ فأَخْفاها حتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمالهُ ما تُنْفِقُ يَمِينهُ ، ورَجُلٌ ذَكَرَ اللَّه خالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ” . رواه البخاري (660) ومسلم (1031 (
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi: Tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan kecuali naungan Allah: Imam yang adil, anak muda yang membesar dengan beribadah kepada Allah, insan yang hatinya melekat di masjid, dan dua insan yang saling bercinta kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, insan yang diajak perempuan cantik untuk berzina lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah, insan yang bersedekah dan dia menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanan, dan insan yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu matanya menangis. [al-Bukhari dan Muslim]
ويمتاز البكاء في الخلوة على غيره ، لأن الخلوة مدعاة إلى قسوة القلب ، والجرأة على المعصية ، وبعيدة عن احتمال الرياء ، فإذا ما جاهد الإنسان نفسه فيها ، واستشعر عظمة الله فاضت عيناه ، فاستحق أن يكون تحت ظل عرش الرحمن يوم لا ظل إلا ظله .
Menangis bersendirian itu lebih utama kerana ketika bersendirian, hati manusia adalah lebih keras, dan cenderung menggalakkan kepada maksiat. Ia jua lebih jauh daripada sifat riak. Maka apabila seorang insan berjaya mengawal dirinya ketika itu, dan dapat merasai keagungan Allah sehingga dia menitiskan air mata, maka dia sangat berhak untuk duduk di bawah naungan Al-Rahman pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Nya.
4. التفكر في حالك وتجرؤك على المعصية والخوف من لقاء الله على هذه الحال .
كان بعض الصالحين يبكي ليلاً ونهاراً ، فقيل له في ذلك ، فقال : أخاف أن الله تعالى رآني على معصية ، فيقول : مُرَّ عنى فإني غضبان عليك ، ولهذا كان سفيان يبكي ويقول أخاف أن أسلب الأيمان عند الموت
Keempat: Merenung keadaan diri kalian dan kedegilan kalian dalam melakukan maksiat serta membayangkan ketakutan yang akan menimpa tatkala bertemu Allah dalam keadaan sebegitu rupa.
Sebahagian orang soleh sering menangis pada waktu malam dan siang. Lalu beliau ditanya tentang hal tersebut, orang soleh itu pun menjawab: Aku takut Allah melihat aku sedang melakukan maksiat, lalu Allah berkata kepada ku: Berambus engkau dari sini, sesungguhnya aku Murka kepada engkau. Disebabkan hal ini, Sufyan al-Thauri sering menangis dan beliau berkata: Aku takut iman aku dicabut ketika aku mati.
وهذا إسماعيل بن زكريا يروي حال حبيب بن محمد – وكان جاراً له – يقول : كنت إذا أمسيت سمعت بكاءه وإذا أصبحت سمعت بكاءه ، فأتيت أهله ، فقلت : ما شأنه ؟ يبكي إذا أمسى ، ويبكي إذا أصبح ؟! قال : فقالت لي : يخاف والله إذا أمسى أن لا يصبح وإذا أصبح أن لا يمسي .
Ismail bin Zakaria menceritakan kisah Habib bin Muhammad yang merupakan jirannya: Pada waktu petang, aku mendengar suara tangisannya, pada waktu pagi aku mendengar tangisannya. Lalu aku pergi bertemu isterinya dan bertanya: Kenapa dengan dia? Menangis pada waktu petang dan pagi? Isterinya menjawab: Pada waktu petang, dia takut dia tidak akan hidup pada waktu pagi, dan pada waktu pagi, dia takut dia tidak akan lagi hidup pada waktu petang.
لقد كان السلف كثيري البكاء والحزن ، فحين عوتب يزيد الرقاشى على كثرة بكائه ، وقيل له : لو كانت النار خُلِقتْ لك ما زدت على هذا ؟! قال: وهل خلقت النار إلا لي ولأصحابي ولإخواننا من الجن و الإنس ؟ وحين سئل عطاء السليمي: ما هذا الحزن ؟ قال : ويحك ، الموت في عنقي ، والقبر بيتي ، وفي القيامة موقفي ، وعلى جسر جهنم طريقي لا أدري ما يُصنَع بي .
Sesungguhnya generasi salafussoleh banyak menangis dan bersedih. Ketika Yazid al-Ruqasyi dicemuh kerana banyak menangis, dikatakan kepada beliau: Seandainya neraka itu diciptakan untuk engkau, engkau tidak akan menangis sebegini. Beliau menjawab: Adakah neraka diciptakan untuk selain ku, iaitu untuk sahabat-sahabat ku, saudara-saudara ku daripada jin dan manusia. Ketika Atho’ as-Sulaimi ditanya: Apakah kesedihan ini? Beliau menjawab: Celaka engkau. Kematian sedang berada di tengkuk ku, kubur adalah rumah ku, qiamat merupakan tempat aku berhenti, titian di atas neraka jahanam merupakan laluan ku. Aku tidak tahu apa yang akan dilakukan kepada diri ku.
وكان فضالة بن صيفي كثير البكاء ، فدخل عليه رجل وهو يبكي فقال لزوجته : ما شأنه ؟ قالت : زعم أنه يريد سفراً بعيداً وما له زاد .
Fudhalah bin Soifi adalah seorang yang kerap menangis. Seorang lelaki menemui beliau dan ketika itu beliau menangis. Lelaki itu bertanya kepada isteri Fudhalah: Apa hal dia ini? Isteri beliau menjawab: Beliau merasakan bahawa dirinya mahu melakukan musafir yang jauh sedangkan dia tidak mempunyai bekalan.
وانتبه الحسن ليلة فبكى ، فضج أهل الدار بالبكاء ، فسألوه عن حاله فقال : ذكرت ذنبا لي فبكيت .
Al-Hasan terjaga daripada tidur pada waktu malam, lalu beliau menangis. Penghuni rumahnya terjaga dengan tangisan itu, lalu mereka bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Beliau menjawab: Aku teringat kepada dosa ku, lalu aku menangis.
وعن تميم الداري رضى الله عنه أنه قرأ هذه الآية : ( أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ) فجعل يرددها إلى الصباح ويبكي
Tamim ad-Dari radiallahu ‘anhu membaca ayat ini: Adakah mereka yang melakukan amal kejahatan menyangka bahawa kami akan menjadikan mereka seperti orang yang beriman dan beramal soleh. Tamim ad-Dari radiallahu ‘anhu mengulangi ayat tersebut sehingga pagi dan beliau menangis. .
وكان حذيفة رضي الله عنه يبكي بكاءً شديداً ، فقيل له : ما بكاؤك ؟ فقال: لا أدري على ما أقدم ، أعلى رضا أم على سخط ؟ .
Huzaifah radiallahu ‘anhu menangis dengan bersungguh-sungguh. Beliau ditanya: Apa yang membuatkan engkau menangis? Beliau menjawab: Aku tidak tahu apa yang akan aku hadapi. Adakah aku akan diredhai atau dimurkai?
وقال سعد بن الأخرم : كنت أمشي مع ابن مسعود فمَّر بالحدَّادين وقد أخرجوا حديداً من النار فقام ينظر إلى الحديد المذاب ويبكي .
Sa’ad bin al-Akhram berkata: Aku berjalan bersama ‘Abdullah bin Mas’ud, lalu kami melalui beberapa orang tukang besi, mereka sedang mengeluarkan besi daripada api. Lalu ‘Abdullah bin Mas’ud berdiri dan melihat ke arah besi panas tersebut dan dia menangis.
5. استشعار الندم والشعور بالتفريط في جنب الله .
فدموعُ التائبين في جُنْحِ الليلِ تروي الغليل ، وتشفي العليل ، كما قال شيخ المفسِّرين أبو جعفر الطبري فـي تأويـل قوله تعالى أَفَمِنْ هَذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ (59) وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ (60) وَأَنْتُمْ سَامِدُونَ (61)
5- Menyesal dan merasakan bahawa diri ini sudah lalai daripada kewajipan kepada Allah.
Tangisan seorang yang bertaubat di malam hari akan menghilangkan kehausan, dan mengubati kesakitan. Ini sebagaimana kata Imam dalam bidang tafsir, iaitu Imam Abu Ja’far ath-Thabari di dalam tafsir kepada firman Allah: Adakah daripada perkataan ini kalian berasa takjub dan ketawa, dan kalian tidak pula menangis? Dan kalian pula sombong lagi lalai? [An-Najm : 59-60]
” لا تبكون مما فيه من الوعيد لأهل معاصي الله ؛ وأنتم من أهل معاصيه ، ( وأنْتُمْ سامِدُونَ ) يقول : وأنتم لاهون عما فيه من العِبَر والذِّكْر ، مُعْرِضُون عن آياته ! ” . ” جامع البيان عن تأويل آي القرآن ” 27/82.
Kalian tidak menangis disebabkan janji-janji Allah kepada pelaku maksiat? Sedangkan kalian adalah pelaku maksiat. (Dan kalian sombong lagi lalai) bermaksud: Kalian dalam keadaan lalai daripada peringatan-peringat yang diberikan, kalian berpaling daripad ayat-ayatNya. [Jami’ al-Bayan]
6. البكاء من الشفقة من سوء الخاتمة .
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال : لما مرّ رسول الله صلى الله عليه وسلم بالحِجْر قال : ” لا تدخلوا مساكن الذين ظلموا أنفسَهم أن يُصيبكم ما أصابهم ؛ إلا أن تكونوا باكين ” ، ثم قنّع رسول الله صلى الله عليه وسلم رأسه ، وأسرع المشيَ حتى أجاز الوادي ) . رواه البخاري (3380) ومسلم (2980) .
6- Menangis kerana takut akan Su’ al-Khatimah (Pengakhiran yang buruk)
Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melalui kawasan Al-Hijr (iaitu kawasan penduduk Thamud), baginda bersabda: Janganlah kalian memasuki kawasan orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, ditakuti akan menimpa kalian apa yang menimpa mereka, kecuali jika kalian menangis. [Al-Bukhari dan Muslim]
وقد ترجم النووي لهذا الحديث بقوله : ( باب البكاء والخوف عند المرور بقبور الظالمين ومصارعهم، وإظهار الافتقار إلى الله تعالى ، والتحذير من الغفلة عن ذلك ) . ” رياض الصالحين ” ص373 .
Al-Imam An-Nawawi meletakkan tajuk untuk hadis ini: Bab Menangis dan Takut Apabila Lalu di Perkuburan Orang Yang Zalim dan Tempat Mereka Dimusnahkan, dan Menzahirkan Diri Memerlukan Allah, dan Peringatan Daripada Lalai. (Riyadussolihin).
7. سماع المواعظ المؤثرة والمحاضرات المرققة للقلب .
عن العرباض بن سارية رضي الله عنه ـ وهو أحد البكّائين ـ قال : ( وَعَظَنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظةً بليغةً ذرفت منها العيون ، ووجلت منها القلوب ) . رواه الترمذي (2676) وأبو داود (4607) وابن ماجه (42) .وصححها الألباني
وفقنا الله وإياك لما يحب ربنا ويرضاه .
Daripada ‘Irbadh bin Sariyah radiallahu ‘anhu, beliau merupakan salah seorang yang kerap menangis. Beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang menyebabkan mata kami menangis, dan hati kami bergetar. [At-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah]
http://islamqa.com/ar/46911
Comments