DOA-DOA RABIATUL ADAWIYAH
Ketika dalam pengembaraan mencari ketenangan untuk lebih mengenali Allah Taala, beberapa naskah telah ku jadikan bahan bacaan dan rujukan. Kadang-kadang ketika dalam kekusutan atau ketika diri terasa kehilangan sesuatu, naskah2 ini juga akan ku buka untuk mencari jawapan kepada pemasalaahan, alhamdullillah, selalunya akan aku temui jalan penyelesaian & jawapan dari naskah2 yg berharga ini.
Justru, ingin ku kongsikan beberapa doa yg diamalkan oleh wanita sufi ini Rabiatul Adawiyah utk tatapan, pedoman & utk kita menilai diri kita sendiri dari doa2 yg sering kita lafazkan kepada Allah Taala dan dibandingkan doa2 wanita mulia ini.... di mana tahap keimanan & ketakwaan kita????????
"Ya Allah, jika kelak di hari kiamat, Engkau memasukkanku ke dalam neraka, aku akan ungkapkan satu rahsia sehingga neraka akan lari dariku selama seribu tahun. Ya Allah, kepada musuh-musuh Mu, berikan apa sahaja yang Engkau inginkan di dunia ini. Berikan kepada para wali Mu apa sahaja di akhirat nanti. Akan tetapi, bagiku cukupkan hanya semata-mata Engkau. Ya Allah, jika aku menyembah Mu kerana takut kepada neraka Mu, campakkan aku ke dalam neraka. Jika aku menyembah Mu kerana mengharapkan syurga, keluarkan aku dari syurga. Namun, jika aku menyembah Mu semata-mata kerana Engkau, janganlah Engkau tahan Keindahan Abadi Mu dariku."
"Jika kelak Engkau mencampakkan ku ke dalam neraka, aku akan berseru keras kepada Mu, "Hanya Engkau yang aku cintai! Apakah Engkau berbuat denikian kepada para wali?" Kemudian terdengar suara menyahut, "Janganlah berburuk sangka kepada Ku. Berbaik sangkalah kepada Ku, sebab Aku mengizinkanmu bergabung dengan para wali Ku agar engkau boleh bersatu dengan Ku."
"Satu-satunya amal dan keinginanku di dunia ini ialah untuk mengingati Mu dan di akhirat nanti ialah untuk melihat wajah Mu. kini, lakukan apa yang Engkau kehendaki. Anugerahkan kepada kalbuku kehadiran Mu dan terimalah doa-doaku yang kosong dari kalbu."
Doa-doa tersebut di atas dipetik dari buku Wanita-wanita Sufi yg ditulis oleh Dr. Jarid Nurbakhsh.

Comments