SOMETIMES IN THE GYM

Sambil berjalan2 @ berlari2 anak di atas thread mill atau di kala mengayuh basikal di gym demi menjaga kesihatan tubuh-badan & berat badan, menjadi satu kemestian buatku, sebuah buku pasti terlekat di tangan untuk santapan rohani.... Dan waktu ini buku Wanita-wanita Sufi yang ditulis oleh Dr. Jarid Nurbakhsh menjadi tatapan mata & minda..... Dan dari pembacaan itu ku temui rangkap syair ini yg dilafazkan oleh Rabiatul Adawiyah ketika mengadap Sang Pencipta!

Wahai kebahagiaanku, kerinduanku
Wahai perlindunganku, sahabatku
Wahai ketentuan jalanku, wahai tujuan utamaku!
Engkaulah rohku;
Engkaulah harapanku;
Engkaulah sahabatku, kerinduanku dan
keselamatanku.
Tanpa diri Mu, wahai hidup dan cinta Ku, takkan
pernah aku mengembara melintasi negeri-negeri tak terbatas ini.
Betapa banyak rahmat, betapa banyak anugerah,
kurniaan dan nikmat telah Engkau tunjukkan padaku.
Cinta Mu yang ku cari dan di dalamnya aku
diberkahi,
Wahai cemerlang mata kalbu kerinduanku!
Engkaulah pembimbing kalbuku!
Selama hayat masih dikandung badan, aku takkan
pernah lari menjauhi Mu
Redhailah aku, wahai hasrat kalbuku, dan aku pun
bakal beruntung dan beroleh berkah!

Comments

Popular posts from this blog

GraNdSonS

This Time

WHEN DO YOU KNOW YOU HAVE HAD ENOUGH