Uji

Mungkin ini jawapan dari istikharah ku. Kalau ini jawapannya Alhamdullillah, ku terima ianya dengan redha. Namun aku mohon kekuatan, ketenangan, ketabahan & kesabaran dalam menghadapinya. Pasti hati sedikit tercalar, luka lama berdarah kembali, airmata sudah pasti menitis untuk ke sekian kali. Itu tidak mampu aku elakkan, cuma aku harus berusaha mengawal perasaan ini agar tidak berpanjangan... cukup-cukuplah apa yang telah di lalui selama ini. 

Mungkin ini satu lagi ujian Illahi.... aku redha, iyalah, agak lama juga kehidupan ini begitu selesa tanpa diberi ujian olehNya. Maka ujian ini diturunkanNya untuk tidak membuatkan aku alpa dengan keselesaan yang ada. Aku bersyukur, tandanya Dia memberi perhatian padaku.... jika tidak pasti aku lena dalam keselesaan ini dan lupa untuk bermuhasabah diri & meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan ku. Alhamdullillah... sesungguhnya aku yakin, pasti ada hikmah disebalik apa yang aku lalui ini. 

Bersyukur aku, kerana Dia memberikan jawapannya padaku. Kini pasti, dia yang kusayangi bukanlah yang terbaik untukku... Allah telah membuat keputusan untukku. Alhamdullillah.
 
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At- Taghabun :11)
 


Comments

Popular Posts