Perancangan Dia
Siapalah kita untuk mempersoalkan perancangan Allah..... kita mungkin merasakan perancangan kitalah yang terbaik. Semuanya sudah dirancang rapi, segalanya telah disusun dengan penuh sempurna supaya disaat ianya akan dilaksanakan, tiada hiccup, tiada apa pun yang akan menjadi halangan.... Ya Allah.... betapa Engkaulah Yang Maha Berkuasa.... perancanganMu amatlah berbeza dengan perancangan kami....
Setiap kata yang telah dilafazkan, diucapkan daripada skrip yang telah tersedia...tetiba bertukar penjelasan & pemahamannya.... Engkau Yang Maha Mengurnia, Kau kurniakan sesuatu yang lain daripada yang aku jangka.... yang lebih baik daripada yang aku harapkan. Alhamdullillah, alhamdullillah.... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, perancangan aku, hanya mengikut rasa, berpandukan pandangan mata kasar.... daripada perasaan kecewa, luka, sedih.....
Ya Allah.... Engkau tetap terus memberi kami kesempatan , memberi peluang & harapan untuk terus memperbaiki keadaan, mempertahankan sesuatu yang telah Engkau takdirkan untuk kami.....
Dengan penuh rasa syukur, aku mohon keampunan mu Ya Allah, kerana kelemahan yang ada pada diriku ini, rasa yang membelenggu hatiku ini.... kerana hanya Engkaulah Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat kami....
Alhamdullillah.
Comments