Hidayah secara bahasa bererti ar-Rasyaad (bimbingan) dan ad-Dalaalah (dalil/petunjuk).
Adapun secara syarāi, maka Imam Ibnul Qayyim membahagi hidayah yang dinisbahkan kepada Allah Taāala menjadi empat jenis:
1. Hidayah yang bersifat umum dan diberikan-Nya kepada semua makhluk, sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya:
{ŁŁŲ§Ł ŁŲ±ŁŲØŁŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁŁŲ°ŁŁ Ų£ŁŲ¹ŁŲ·ŁŁ ŁŁŁŁŁ Ų“ŁŁŁŲ”Ł Ų®ŁŁŁŁŁŁŁ Ų«ŁŁ
ŁŁ ŁŁŲÆŁŁ}
āMusa berkata: āRabb kami (Allah Taāala) ialah (Rabb) yang telah memberikan kepada setiap makhluk bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjukā (QS Thaahaa: 50).
Inilah hidayah (petunjuk) yang Allah Taāala berikan kepada semua makhluk dalam hal yang berhubungan dengan kelangsungan dan kemaslahatan hidup mereka dalam urusan-urusan dunia, seperti melakukan hal-hal yang bermanfaat dan menjauhi hal-hal yang membinasakan untuk kelangsungan hidup di dunia.
2. Hidayah (yang berupa) penjelasan dan keterangan tentang jalan yang baik dan jalan yang buruk, serta jalan keselamatan dan jalan kebinasaan. Hidayah ini tidak berarti melahirkan petunjuk Allah yang sempurna, kerana ini hanya merupakan sebab atau syarat, tapi tidak semestinya melahirkan (hidayah Allah Taāala yang sempurna). Inilah makna firman Allah:
{ŁŁŲ£ŁŁ
ŁŁŲ§ Ų«ŁŁ
ŁŁŲÆŁ ŁŁŁŁŲÆŁŁŁŁŁŲ§ŁŁŁ
Ł ŁŁŲ§Ų³ŁŲŖŁŲŁŲØŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁŲ¹ŁŁ
ŁŁ Ų¹ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲÆŁŁ}
āAdapun kaum Tsamud, mereka telah Kami beri petunjuk, tetapi mereka lebih menyukai kebutaan (kesesatan) daripada petunjukā (QS Fushshilat: 17).
Ertinya: Kami jelaskan dan tunjukkan kepada mereka (jalan kebenaran) tapi mereka tidak mahu mengikuti petunjuk.
Hidayah inilah yang mampu dilakukan oleh manusia, iaitu dengan berdakwah dan menyeru manusia ke jalan Allah, serta menjelaskan kepada mereka jalan yang benar dan memperingatkan jalan yang salah, akan tetapi hidayah yang sempurna (iaitu taufik) hanya ada di sisi Allah Taāala, meskipun tentu sahaja hidayah ini merupakan sebab besar untuk membuka hati manusia agar mahu mengikuti petunjuk Allah Taāala dengan taufik-Nya.
Allah Taāala berfirman tentang Rasul-Nya:
{ŁŁŲ„ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲŖŁŁŁŲÆŁŁ Ų„ŁŁŁŁ ŲµŁŲ±ŁŲ§Ų·Ł Ł
ŁŲ³ŁŲŖŁŁŁŁŁ
Ł}
āSesungguhnya engkau (wahai Rasulullah Sallallahuāalaihi Wasallam) benar-benar memberi petunjuk (penjelasan dan bimbingan) kepada jalan yang lurusā (QS asy-Syuuraa: 52).
3. Hidayah taufiq, ilham (dalam hati manusia untuk mengikuti jalan yang benar) dan kelapangan dada untuk menerima kebenaran serta memilihnya. Inilah hidayah (sempurna) yang mesti menjadikan orang yang meraihnya akan mengikuti petunjuk Allah Taāala. Inilah yang disebutkan dalam firman-Nya:
{ŁŲ„Ł Ų§ŁŁŁ ŁŁŲ¶ŁŁŁŁ Ł
ŁŁŁ ŁŁŲ“ŁŲ§Ų”Ł ŁŁŁŁŁŁŲÆŁŁ Ł
ŁŁŁ ŁŁŲ“ŁŲ§Ų”Ł ŁŁŁŲ§ ŲŖŁŲ°ŁŁŁŲØŁ ŁŁŁŁŲ³ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁŁ
Ł ŲŁŲ³ŁŲ±ŁŲ§ŲŖŁ}
āSesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi hidayah (taufik) kepada siapa yang dikehendaki-Nyaā (QS Faathir: 8).
Dan firman-Nya:
{Ų„ŁŁŁ ŲŖŁŲŁŲ±ŁŲµŁ Ų¹ŁŁŁŁ ŁŁŲÆŁŲ§ŁŁŁ
Ł ŁŁŲ„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŲ§ ŁŁŁŁŲÆŁŁ Ł
ŁŁŁ ŁŁŲ¶ŁŁŁŁ ŁŁŁ
ŁŲ§ ŁŁŁŁŁ
Ł Ł
ŁŁŁ ŁŁŲ§ŲµŁŲ±ŁŁŁŁ}
āJika engkau (wahai Muhammad Sallallahuāalaihi Wasallam) sangat mengharapkan agar mereka mendapat petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang disesatkan-Nya dan mereka tidak mempunyai penolongā (QS an-Nahl: 37).
Juga firman-Nya:
Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŲÆŁŁ Ł
ŁŁŁ ŁŁŲ“ŁŲ§Ų”Ł ŁŁŁŁŁŁ Ų£ŁŲ¹ŁŁŁŁ
Ł ŲØŁŲ§ŁŁŁ
ŁŁŁŲŖŁŲÆŁŁ{Ų„ŁŁŁŁŁŁ ŁŲ§ ŲŖŁŁŁŲÆŁŁ Ł
ŁŁŁ Ų£ŁŲŁŲØŁŲØŁŲŖŁ ŁŁŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁ}
āSesungguhnya engkau (wahai Muhammad Sallallahuāalaihi Wasallam) tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Dia yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang mahu menerima petunjukā (QS al-Qashash: 56).
Maka dalam ayat ini Allah menafikan hidayah ini (taufik) dari Rasulullah Sallallahuāalaihi Wasallam dan menetapkan bagi beliau Sallallahuāalaihi Wasallam hidayah dakwah (bimbingan/ajakan kepada kebaikan) dan penjelasan dalam firman-Nya:
{ŁŁŲ„ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲŖŁŁŁŲÆŁŁ Ų„ŁŁŁŁ ŲµŁŲ±ŁŲ§Ų·Ł Ł
ŁŲ³ŁŲŖŁŁŁŁŁ
Ł}
āSesungguhnya engkau (wahai Rasulullah Sallallahuāalaihi Wasallam) benar-benar memberi petunjuk (penjelasan dan bimbingan) kepada jalan yang lurusā (QS asy-Syuuraa: 52).
4. Puncak hidayah ini, iaitu hidayah kepada Syurga dan Neraka ketika penghuninya digiring kepadanya.
Allah Taāala berfirman tentang ucapan penghuni Syurga:
{ŁŁŁŁŲ§ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁŲŁŁ
ŁŲÆŁ ŁŁŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŲ°ŁŁ ŁŁŲÆŁŲ§ŁŁŲ§ ŁŁŁŁŲ°ŁŲ§ ŁŁŁ
ŁŲ§ ŁŁŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŁŁŲŖŁŲÆŁŁŁ ŁŁŁŁŁŲ§ Ų£ŁŁŁ ŁŁŲÆŁŲ§ŁŁŲ§ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŲÆŁ Ų¬ŁŲ§Ų”ŁŲŖŁ Ų±ŁŲ³ŁŁŁ Ų±ŁŲØŁŁŁŁŲ§ ŲØŁŲ§ŁŁŲŁŁŁŁ}
āSegala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah kami ke (Syurga) ini, dan kami tidak akan mendapat hidayah (ke Syurga) kalau sekiranya Allah tidak menunjukkan kamiā (QS al-Aāraaf: 43).
Adapun tentang penghuni Neraka, Allah Taāala berfirman:
{Ų§ŲŁŲ“ŁŲ±ŁŁŲ§ Ų§ŁŁŁŲ°ŁŁŁŁ ŲøŁŁŁŁ
ŁŁŲ§ ŁŁŲ£ŁŲ²ŁŁŁŲ§Ų¬ŁŁŁŁ
Ł ŁŁŁ
ŁŲ§ ŁŁŲ§ŁŁŁŲ§ ŁŁŲ¹ŁŲØŁŲÆŁŁŁŁ. Ł
ŁŁŁ ŲÆŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁ ŁŁŲ§ŁŁŲÆŁŁŁŁŁ
Ł Ų„ŁŁŁŁ ŲµŁŲ±ŁŲ§Ų·Ł Ų§ŁŁŲ¬ŁŲŁŁŁ
Ł}
āKumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman-teman yang bersama mereka dan apa yang dahulu mereka sembah selain Allah, lalu tunjukkanlah kepada mereka jalan ke Nerakaā (QS ash-Shaaffaat: 22-23)".
Dari sisi lain, Imam Ibnu Rajab al-Hambali membagi hidayah menjadi dua:
1. Hidayah yang bersifat mujmal (garis besar/global), yaitu hidayah kepada agama Islam dan iman, yang ini dianugerahkan-Nya kepada setiap muslim.
2. Hidayah yang bersifat terperinci, iaitu hidayah untuk mengetahui perincian cabang-cabang Iman dan Islam, serta pertolongan-Nya untuk mengamalkan semua itu. Hidayah ini sangat diperlukan oleh setiap mukmin di siang dan malamā.
Comments