SOLAT MALAM
SEMOGA NUKILAN INI MENJADI PEMANGKIN SEMANGAT (DIRI SENDIRI) YANG MALAS BANGUN
SOLAT MALAM ADALAH IBADAT ELIT PENGUAT CINTA DAN JIWA RASULULLAH SAW.
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Adat pasangan bercinta mahu bersunyian dengan kekasih hati tanpa gangguan. Ketika berdua dunia menjadi indah. Segala kesusahan hilang kerana ada kekasih hati yang menjadi tempat mengadu. Tiada kekasih yang paling dicintai Allah melainkan Rasulullah SAW. Ini antara rahsia mengapa baginda SAW disuruh menghidupkan solat malam sepanjang masa:
ŁŁŁ
ŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲŖŁŁŁŲ¬ŁŁŲÆŁ ŲØŁŁŁ ŁŁŲ§ŁŁŁŁŲ©Ł ŁŁŁŁ Ų¹ŁŲ³ŁŁ Ų£ŁŁŁ ŁŁŲØŁŲ¹ŁŲ«ŁŁŁ Ų±ŁŲØŁŁŁŁ Ł
ŁŁŁŲ§Ł
ŁŲ§ Ł
ŁŲŁŁ
ŁŁŲÆŁŲ§
Ertinya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji (al-Israā [17:79]).
Selain waktu bermadu kasih dengan Allah, solat malam juga menjadi platform untuk Rasulullah mengukuhkan jiwanya menerima wahyu al-Quran yang sangat berat tanggungannya. Memang al-Quran sangat berat tanggungannya kepada manusia sehingga gunung pun pasti hancur luluh jika diarah menanggung al-Quran:
ŁŁŁŁ Ų£ŁŁŁŲ²ŁŁŁŁŁŲ§ ŁŁŲ°ŁŲ§ Ų§ŁŁŁŁŲ±ŁŲ¢ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁ Ų¬ŁŲØŁŁŁ ŁŁŲ±ŁŲ£ŁŁŁŲŖŁŁŁ Ų®ŁŲ§Ų“ŁŲ¹ŁŲ§ Ł
ŁŲŖŁŲµŁŲÆŁŁŲ¹ŁŲ§ Ł
ŁŁŁ Ų®ŁŲ“ŁŁŁŲ©Ł Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲŖŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲ£ŁŁ
ŁŲ«ŁŲ§ŁŁ ŁŁŲ¶ŁŲ±ŁŲØŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŁŁŲ§Ų³Ł ŁŁŲ¹ŁŁŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲŖŁŁŁŁŁŁŲ±ŁŁŁŁ
Ertinya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (al-Hasyr [59:21]).
Lalu solat malam seumpama menjadi ibadat baginda bagi mengukuhkan bateri iman, cinta, mujahadah dalam menyampaikan risalah al-Quran:
ŁŁŲ§ Ų£ŁŁŁŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁŁ
ŁŲ²ŁŁŁ
ŁŁŁŁ (1) ŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŁŁŁŁ Ų„ŁŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŁŁŁŲ§ (2) ŁŁŲµŁŁŁŁŁ Ų£ŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲµŁ Ł
ŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŁŲ§ (3) Ų£ŁŁŁ Ų²ŁŲÆŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ±ŁŲŖŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ±ŁŲ¢ŁŁŁ ŲŖŁŲ±ŁŲŖŁŁŁŁŲ§ (4) Ų„ŁŁŁŁŲ§ Ų³ŁŁŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŲ§ Ų«ŁŁŁŁŁŁŲ§ (5) Ų„ŁŁŁŁ ŁŁŲ§Ų“ŁŲ¦ŁŲ©Ł Ų§ŁŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁ Ų£ŁŲ“ŁŲÆŁŁ ŁŁŲ·ŁŲ¦ŁŲ§ ŁŁŲ£ŁŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŁŁŁŲ§ (6)
Ertinya: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya (al-Muzzammil[73:1-6]).
Istimewanya, kelab elit solat malam yang dipengerusikan Rasulullah SAW ini senantiasa terbuka kepada semua dan tiada tiket ekslusif untuk mengganggotainya melainkan tiket mujahadah si hamba bangun di tengah malam bermadu kasih dengan Allah. Apa lagi ditunggu?
Rebutlah peluang keemasan ini dan bangunlah solat malam supaya kita menjadi hamba istimewa di sisi Allah yang kukuh hatinya.
Credit :k-fiqh.com
Comments