Yang Tersirat & Tersurat
Terbaca post Ustaz Pahrol Juoi di FB tentang apa yang tersirat & tersurat serta hikmah disebaliknya. Lalu terlintas di fikiran... apa yang terjadi & sedang aku lalui ini juga penuh dengan yang tersirat & tersurat.
Bermula dari perancangan untuk ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara pada 1hb. Julai 2017. Perancangan seawalnya mungkin aku tidak akan menghadiri majlis itu memikirkan anak-menantu yang tidak dapat turut serta dan aku terpaksa memandu bersendirian... tapi disebabkan rasa kurang selesa jika tidak hadir majlis berkenaan, aku tekad, x apalah memandu sendirian, tapi masih lagi bertanya-tanya sekiranya ada yang sudi menemani ku.
Setelah bertanya pada adik2, akhirnya mendapat teman untuk ke sana... alhamdullillah. X payahlah aku memandu bersendirian... yang paling takut sekiranya aku mengantuk jika bersendirian....
1 hari sebelum majlis, rancangan berubah lagi.... akhirnya aku bersendirian memandu ke sana. Rupanya Allah sedang merancang sesuatu untuk ku..... Sesungguhnya Dialah Perancang Yang Paling Hebat.... yang tersirat & tersurat di sepanjang perjalanan pergi dan balik dari KL-Kuantan-KL sesuatu yang mengubah landskap kehidupan ku....
Semuga yang tersirat & tersurat ini ada barakah di dalamnya.
PadaMu aku berserah Ya Allah.
Comments