Pages

Sunday, February 26, 2012

STD. 6 BLUES 1976

This week... spt biasa lah, bz, bz, bz with work... smpi x cukup tangan & kaki, up & down, here & there.... balik umah kepala sakit....... difikirkan balik, mungkin jg sengaja menyibukkan diri utk melupakan hati yg terguris, jiwa yg merajuk.... anyway, beberapa kali jg x dpt dibendung kesedihan itu, tanpa diundang, perasaan sedih itu dtg juga, airmata menitis jua.

Anyway... i managed to get in-touch with few friends from primary school, of cos thru facebook, so tanpa perancangan awal, we decided to meet-up on Saturday... alamak i got classes, class tu plk nk cover 2 wks nyer class... but these friends dh lama x jumpa, ada yg berpisah after std 6, terus x jumpa, ada yg aftr form 3... nak sgt jumpa, looking forward to see them... so apalagi, ponteng kelas lagi ler aku.

Apalagi Saturday tu lepas je solat zohor terus pecut ke Alamanda, biasalah MRR2 punya kegilaan traffic on saturday... but as usual, i was the first to arrive around 3pm. We met-up at Madam Kwan's.

Than, Rusyatimah & Azlina, both of them i've not seen them after std. 6... 2 glamorous students masa primary. Ros x byk berubah, but Azlina, klu jumpa kat luar mmg x kenal... anyway dua2 pun klu berlanggar bahu kat luar mmg x kenal. Ros nasib baik dh tatap gambar2 dia kat FB. Lepas tu Hasni, doktor dh sekarang ni....pun klu terlanggar kat luar aku rasa mmg x kenal jg... but still kecik macam dulu. Ros now Menteri Tugas2 Khas di Min. of Housing... hahaha.... Azlina with Telekom.. so the gals la yg smpi dulu, sempat ler kita org gossip without the boys.... Lepas tu YB Azlan, bakal ADUN Semenyeh kawan ku sorang ni... ngan Alan & Hasni berpisah masa form 4... Alan dulu ni, rasanya aku x pernah pun bertegur-sapa dgn dia.... tp skrg dlm FB, bkn main lg ler kitaorg semua... semalam pun x sangka ler we can get along... lepas Alan smpi Mazlan Mustapha plk muncul, our headboy, oh lupa Azlina was our headgirl. I used to meet Mazlan in late 80s kot, x ingat doh....smpi Mazlan, mak oiii... riuh-rendah kitaorg... gelak x henti2..... Hadi smpi lambat, (Hadi aftr form 3 jg x jumpa)... our Hadi bawa 2nd family.... hemmmm muda & cantik orgnyer......lg ler riuh... Alan & Ros ada history, apa lg Hadi dok ngusik je lah.... anyway another person supposed to come tp x muncul2, our class monitor Hj Azhar..... dari sepatutnya 8, tinggal 7 org... but than 7 org pun dh riuh-rendah.

By 6.30pm Azlina & Hasni beransur... so by 7pm semua bersurai... it was really a very wonderful moment for me.... almost 4 hours jugalah but i feel masa cepat sgt berlalu... Thank you friends for the wonderful time & Alan for belanja kita semua... don't worry, our vote goes to you.

Sunday, February 19, 2012

IF I SEE YOU AGAIN

If i see you again.....
and you say hello
i will say hi
if you smile
i will smile back

If i see you again.....
and you ask how am i doing
i will just say fine
and smile again

If i see you again....
i will not ask 
why you did it
i will not show the pain 
i hide inside me
i will not shed any tears
of weaknesses

If i see you again...
maybe i will just look into your eyes
looking for the truth
which i know i will never find
but maybe i could see
all the lies 
which you will try to hide 

If i see you again....
maybe, just maybe
to satisfy myself
i will punch your face
and walk away
with my head held high!!!!

 

DEKATKANLAH AKU KEPADA ORANG YANG INGIN DEKAT PADAMU

Ya Allah...
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb...
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….  
 
Ya Rabb...
Tuntunlah Hati hambamu ini agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb...

Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.

Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu.. 
 
Dipetik dari : http://www.simplelifeofniza.com/2011/12/dekatkanlah-aku-kepada-orang-yang-ingin.html
 

ISTERI SOLEHAH

While i was looking for some caption to put into my blog, i came across this useful articles, which i think should be benefited to all wives who wish to be the obedient wives to their husband & to Allah SWT.

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my.my

http://www.hanan.com.my/

Tarikh: Selasa, 03 Februari 2004 @ 16:31:44
Topik: Tazkirah


Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita.

Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.


Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.


Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.


Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.


Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk demi untuk mendapat keredhaan-Nya.


Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!


Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.


Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli sama ada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah. Aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.


Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.


Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.


Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.


Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

MY BEST FRIEND'S WEDDING

17/2/12... Alhamdullillah... my dearest friend selamat diijabkabulkan around 11.00 am... i couldn't attend the akad nikah. Wish i can be there. Anyway congratulations to her, finally... we have been waiting for a long time to see her getting married. 

A small reception was held at her sister's place, it was just a small & simple gathering among her families & closest friends... i could see she was happy. We tried our best to make it a memorable event for her. If we listen to her, it will be nothing much... we wanted her to remember this day... 

So now, it is just me alone, left without partner... in sadness, i am so happy for her.... I wish you all the best my dearest friend... it is going to be a long & winding road... but i am very sure, no matter what you will get thru it... & i pray to Allah SWT that you will be given the strength & the faith to face whatever waiting for you.... and i will always be there for you my dearest friend.


"Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli sama ada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah. Aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.


Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian."

For some personal reason, i can't upload the photos here.